Sunday, July 25, 2010

BABY VS ORANG TUA

 

6677334f9cd27cbc9f46e0b2e9667c270f821el gaya_orang_tua

Apa perasaan melihat dua gambar di atas?

yang mana satukah hati ini lebih senang melihatnya.. gambar yang pertama maupun yang kedua??

”Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?” (yaasin:68)

begitulah janji tuhan…apabila kita dipanjangkan umur (tua), Allah pasti kembalikan kita pada kejadiannya atau kembali kepada sifat lemah seperti mana pada awalnya kita dilahirkan.

Buktinya, orang tua kebanyakannya berjalan tiga selendar (lemah) dan perlahan, seperti mana bayi satu tahun mula bertatih,ingin dipimpin.

Orang tua juga mulai nyanyuk atau mudah lupa, sama dengan kanak-kanak yang perlu diulang dan ulang lagi ayat yang sama supaya mereka faham.

Mereka kekadang tidak dapat mendengar dengan jelas, tidakkah persis bayi yang masih terpinga-pinga bila kita bercakap dengannya?

Mereka mula kembali lemah seperti mana bayi yang sememangnya lemah…

namun, 10 orang anak masih tidak mampu menjaga seorang ayah dan ibu – ayat yang selalu diungkapkan?

kenapa kita mudah jemu dengan orang tua?

kenapa kita mudah terasa terbeban dengan kelemahan mereka?

kenapa kita senang mencium memeluk erat bayi tapi takut menghampiri orang tua yang sakit terlantar lagi lemah?

walau perbezaannya hanya sedikit????? ya sedikit…yaitu adakah kerana…..

insan sebulan itu kecil dan mudah dipegang, tapi insan berdekad itu lebih besar, lagi susah untuk mengurusnya…. ?

bayi sekecil itu baru mengenal erti bumi, tapi abah kita lebih banyak makan garam gula dari kita,so bayi kecil itu  hanya redha diperlakukan apasaja tapi bayi besar itu banyak ngomongnya?? banyak songehnya? banyak mulutnya??

! sungguh ini peringatan buatku sendiri… !

aku dan kita semua sudah menempuh alam cute jadi baby, dan bakal menempuh pula waktu dimamah usia…masihkah cute?? masihkah akan  disayangi? menyusahkah aku nanti kepada mereka yang muda?

apa nasib diri ini nanti……..

”mama pernah jago tok nye (moyangku), kecing berok dio atas kain,,basuh guno tange jah…gitula bilo tuo mari k.ain… mama xpenah doa panje umor takot nyusoh ko sek2 demo anok-anok. mama xpo jago ore tua takot tibo gilire (giliran) mama tuo xdok ore nok jago” – ya itulah luahan mamaku…

ligat otak ini mencermin diri… mampukah aku gadaikan semua masaku menjaga ibu bapa ku nanti…

tidak jijikkah aku dan tidak letihkah aku jika mereka tidak mampu berjalan, buang airnya di tilam…..

ya..bercakap dan tanam azam memang senang! “eh tu mama abah aku yang besarkan aku tu…xkan nak biarkan ja….” tapi bila tiba masa ingatkah kita pada kata2 penuh hikmah kita itu…. terlaksanakah ketidaktegaran kita membiarkan mereka yang pernah terluah semasa mereka masih kuat??

cuti ni aku pulang dengan menambah seorang lagi insan yang patut kukongsikan rasa cinta ini..

menyambut berita kelahiran anak saudaraku yang 1st dengan linangan air mata syukur.

cuti ni juga aku menjadi driver dan nurse nenek aku ulang alik ke ospital untuk operation matanya..

waktu inilah mata ini sendiri menyaksikan janji Allah tersebut. dalam masa yang sama menjaga anak sedara yang baru berumur sebulan dan juga menjaga nenekku yang ibaratnya orang buta lagi lemah berjalan…

ya! tiada beza sangat pun antara raqib dan che ! masing2 lemah, masing2 memerlukan seseorang..

mungkin raqib masih tidak mampu bercakap meminta susu, tapi che tetap berdegil untuk makan ubat…

ingatlah! berbuat baiklah kita sesama makhluk Allah, pasti mendapat bantuan dariNya, jagalah aib orang, pasti Allah menjaga aib kita diakhirat..

# pesanan lebih pada diri sediri kerna takot tidak mampu melaksanakan kesedaran ini suatu hari nanti. (ngomongya ya gampang la loh,tapi kalo udah kena…)

# berdoa pada Allah menjadi khalifah dibumi ini..tidakkah khalifah itu membantu orang?

# aku ada mimpi dan angan2 sendiri buat mereka…biasalah pompuan suka angan2…cuma berharap ia termakbul… =p )