Friday, March 25, 2011

eRtI KEceKaLaN


Bismillahirrahmanirahim....

Assalamualaikum....

Telah ditakdirkanNya hidup manusia ada atas ada bawahnya. Ada kaya ada miskinnya. Ada susah ada senangnya.

TakdirNya yang mengheretku ke bumi bernama Indonesia ini banyak mengajarku erti kecekalan. Kegigihan demi mencari rezki HALAL.

Walau serendah, sehina mana pun kerja seseorang yang dipandang masyarakat, selagi dia mencari REZKI HALAL demi keberkatan Allah, bagiku dia lah orang yang patut disanjung tinggi! Bagiku dia mengerti maksud erti Allah itu Maha Kuasa!


Anak kecil ni selalu tejumpa dia dengan ayahnya. Mengutip bekas plastik.

Setiap kali melihat kecekalan mereka, pandangan ku tunduk, hatiku merendah! Jika aku ditempat mereka belum tentu aku mampu sekuat mereka. Biar kekadang pemandangan ini melambangkan kemiskinan, namun ada pengajaran yang bagi mereka yang tahu berfikir… dan kugelar mereka ini PENCARI ERTI REZKI TUHAN. (hantar utk maisen, pertndingn foto. xcantik. tapi nak gak hntar...heee )

Bukan mencari kekayaan dunia yang saya tekankan. Tapi, betapa beruntungnya kita masih diberi peluang oleh Allah untuk menentukan hidup yang lebih baik.

Bukan pula belajar semata-mata untuk mencari kesenangan di masa hadapan saya tekankan. Tapi masa seharian yang kita guna, adakah benar terisi? Kita beriman adanya kampung akhirat.... Adakah benar, kita berusaha menggunakan masa itu untuk menuai pahala?

Kesenangan, kesusahan semuanya ujian dari Allah. Ujian itu datang dari berbagai bentuk.

Melihat mereka yang meminta-minta;

bukan bermaksud, kita kasihankannya semata-mata

tapi sedar kita masih ada peluang untuk membaiki hidup.

sedar kita ada tanggungjawab ke atas mereka.

sedar apa guna masa-masa seharian kehidupan kita.

Walau apa pun ingatlah!

kita mengEsakan Allah. Kita beriman dengan Islam. Kita percaya kiamat, akhirat akan tiba..

setiap kejadian baik buruknya itu ada ibrahnya, ada pengajarannya. Lihatlah dengan nur hidayah Allah, dan jadikan ajaran Islam itu sebagai kayu ukur. InsyaAllah....... =)

kuingat lagi 1st tym sampai sini, sepanjang perjalanan dari airport ke UNPAD mataku tak diam melihat sekeliling walaupun badan sangat letih. "begini rupanya.... warna-warni hidup umatMu ya Allah"

Pernah juga melihat seorang tua yang tangannya tiada sebelah, menggalas guni sambil mengutip sampah. "Astaghfirullah......" ku tunduk dalam. "Apa yang aku dah buat selama ini demi mencari keberkatanMu ya Allah?" itu yg terlintas.

Tapi aku yakin, org malaysia itu kan semuanya pemurah.... =) dan semoga kita semua (bukan org mesia ja) carilah apa maksud Allah menemukan kita dengan sesuatu takdirNya. Allah itu mahu berbicara denganmu.....Allah itu sayang padamu..... ya Allah sayang! ya Allah panggil mu......!

=)


# nak kongsi satu cerita dengan abah...

abah selalu ckp "jangan membazir! makan!" tapi bila aku tak pernah nak faham kenapa abah selalu suruh buat macam tu.

bila satu malam, tengah makan buah mata kucing sambil menonton tv dengan abah, tetiba termakan buah yang agak masam rasanya. Dah masuk mulut, aku keluarkan dan letak tepi. Sekali, abah ambil dan makan. Tanpa berkata apa-apa.

silents lesson sumtym giv a big impact to me! huhu

sejak tu, dah takot nak membazir. takpe lah gemok sket sbb habiskan makanan, asal hati senang. huhu.. Abah ckp "buat susah ngn rezeki, rezeki pom akan buat susah dengan kita" membazir kan amalan syaitan..

berpada-padalah makan kerana "hati yang khusyuk itu adalah perut yang bukan sentiasa penuh" =) ~sekadar perkongsian dlm hidup seharian.