Tuesday, February 19, 2013

"Berkerjalah..." & Haq (benar)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Tulisan Salim A. Fillah, banyak mengandungi perkataan firman Allah:
"wahai keluarga Daud, berkerjalah.... agar kamu bersyukur"

Simple. Tapi penuh makna!

Rezeki itu Allah yang tentukan. Kita sebagai hamba punya hak untuk berusaha bersungguh-sungguh.
ITQAN. Kerna ini hak antara kita dengan Allah.

Again, ayat yang simple, tapi penuh makna dan susah untuk ditunaikan.
Mungkin bagi pelajar sepertiku, ia memang perlu ada dalam kamus hidup seharian.

Kadang-kadang bermalas-malasan, result tetap hebak, atau mengikut lumrah alam, teruk!
Dan sebaliknya.
Sebab itu rezeki... itu yang Allah tetapkan... dan baik buruknya tetap ada hikmah insyaAllah.

Tapi itqan itu untuk apa? kerja itu untuk apa? Apa yang mahu dibuat itu untuk apa?

Petang tadi, selepas sehari pulang dari Malaysia, habis cuti, setelah 'penat yang tak berapa nak penat pun' memaksa otak untuk faham bagi thesis/ skripsi di tahun akhir, petang masa untuk bermalas-malasan. Rehat jap.
Buntu, sebab baru saja rasa nak excited faham, sekali ligand amino acid yang boleh attach dengan receptor tak diketemui. Harus cari lagi...

Di saat itu juga, kanak-kanak sukawening again seperti yang dulu, datang mengetuk pintu bilik!
"teteh.... teteh....."

Bangun terkejut.., serius tak tipu, aku menyorok!
Malasnya....

...................................................................................................................................................................

Melawat Mesir separuh hari. Melawat peninggalan Firaun. Mesir punya kisah politik tersendiri...

Banyak sebenarnya kisah dan ibrah yang dapat dikutip di tanah haram dan kota madinah yang dicintai Rasulullah.

Banyak kali berfikir untuk menulis dan berkongsi, tapi tak tahu ayat apa yang boleh dikongsi.
"Korang kena pergi dan rasai sendiri!" sungguh, itu jawapan paling tepat dan menjawab segala-galanya yang ingin aku cerita.

Sekarang pun masih rindu, sampai termimpi-mimpi banyak kali tentang tanah berpasir sana.
(angan-angan yang panjang juga boleh jadi dari syaitan)



Masjid Al-Azhar di Mesir. Masuk saja solat kami sang musafir, sudah berkenalan dengan beberapa sahabat dan soalan pertama yang ditanya "kamu dah hafal alquran?"  =_=

Dalam banyak2 pengajaran, mungkin dua benda yang ku ingin kongsi.

1. Baru ku sedar Allah itu wujud!
Allah itu wujud, rasulullah, nabi Muhammad juga benar!
Sahabat dan para syuhadah itu juga benar...

Melihat usaha mereka untuk meraih redha Allah... Allah yang patut disembah.

Alquran dibaca dan dikongsikan sesama mereka.

2. Bila semua orang tunduk pada manhaj Islam, aturan yang Allah tetapkan, hati akan tenang.

Orang kata, bawa balik cerita yang baik-baik saja dari tanah suci. Yang tak enak, disimpan, jangan dikongsi ramai.

Bila lihat kanak-kanak di masjidil haram dan masjid nabawi, ku tersenyum, moga menjadi orang soleh lagi solehah.
Bila lihat yang wanita semuanya menutup aurat, semuanya hanya dengan mahram mereka, hati tertunduk malu.
Bila lihat sang peniaga menjerit 3 bahasa utama, arab, melayu dan india, walau di bawah panas matahari, mereka berhenti bila panggilan solat dilaungkan. Itu yang kubangga.

Satu kata yang dapat aku simpulkan, sepanjang perjalanan musafir ini, benarlah firman Allah:
"Wahai Daud, berkerjalah.... agar kamu bersyukur"
Berkerja kerana Allah.

Masjid Quba, Masjid pertama yang dibina rasulullah di Madinah. Benar,  Rasulullah itu benar..



Gunung Uhud. Ya, perang Uhud itu benar... kisah-kisah sahabat itu benar.
Di bawah kubah hijau itu makam Rasulullah. Sebelah makamnya adalah Raudhah. Kan benar.. Rasulullah itu benar. Sirahnya sunnahnya...

mungkin sudah ramai yang kesana atau berkali-kali sudah kesana,namun, ku percaya Allah bertindak mengikut prasangka hamba-hambaNya masing-masing.
Yang belum, moga mencetus rasa mahu dan diizinkan Allah.
Firman Allah

فَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَٰكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ

Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya – dengan melihat kesan-kesan yang tersebut – mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. [Al-Hajj 22:46]
Pemandangan dari atas Gua Hira. ya, wahyu pertama itu benar! Perjuangan Rasulullah mendaki ditemani angin keras yang berpasir itu benar!
Setelah ku sedar, semua itu benar, jauhnya kita dengan sahabat. Bagaimana mahu berjiran dan sebumbung dengan Rasulullah?
Dulu rasanya, santai saja berdoa "Ya Allah, masukkan aku ke syurga firdausMu.."

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Moga tak lemas dan malas untuk terus berkerja. Atau mungkin berkorban sikit masa tidur tu...

Aku cuma kagum dengan mereka yang berkerja. Dalam facebook, berderet kata2 hikmah dan kebaikan. Tugas ku menge'like'. Tapi bila datang kanak-kanak syurga mengetuk pintu, malas menyelubungi. Bagaimana mahu wujudkan negara islam? Bagaimana nak tersenyum melihat seperti kanak-kanak masjidil haram datang duduk bertasbih...

Belum lagi sentuh hal politik. Hal isu dunia. Hal kecil sekeliling kita. Akhir kata "Ya Allah, ampunkan kami atas apa yang kami tidak tahu, dan atas apa yang kami tidak mampu. Kesempurnaan hanya milikMu"
 
Ku akhiri post ini dengan pengajaran yang tak kurang pentingnya. Dulu pun selalu je bertasbih, sebab di twitter dan fb suka keluar post bertasbihlah!. Tapi tak sedar, ada Allah yang Maha Mendengar.:



تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ وَإِن مِّن شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَٰكِن لَّا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Isra' 17:44)

Bertasbihlah. Kita cuma hamba.
Pertembungan dua waktu, perjalanan melawan masa. Bahagian bumi disebelah sana matahari menyinar, bumi di sebelah sini menunggu sinar. =)
Syurga Allah dan neraka Allah juga pastilah benar...