Sunday, January 1, 2012

Usrah, Tarbiyah, Dakwah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Pertama-tama saya panjatkan beribu ucap syukur kepadaNya.

Terfikir beberapa kali untuk post benda ni, karena saya masih dalam mencari kekuatan iman! Ya, pergelutan kekuatan iman sangat perih lagi menakutkan.

Mana tidak disaat terasa dimana Allah dalam hati kita? apa yang sudah dan mampu diri ini lakukan. Namun, terimalah ini sebagai peringatan buat diri sendiri pastinya dan perkongsian untuk yang lain.

Bukan sekadar peringatan, malah pencetus semangat untuk BUAT! insyaAllah.

Baru-baru ini tanggal 24 Disember 2010 kami hadir ke PERMAI yang bertema BAITUL MUSLIM. Sayang tidak semua saya terkesan sejujurnya, namun tetap ada pengisian ketika sesi perkongsian kisah hidup ustaz Hasrizal dan sesi hari last, ‘so sweet’ karena ustaz Hasrizal mengajak kita Islam yang berpijak pada bumi yang nyata.

Jangan aplikasikan pada Baitul Muslim sahaja, tapi perbuatan seharian insyaAllah.

378563_10150500004852122_826617121_8654804_1861908493_n

Sebelum itu, saya bertekad selepas PERMAI saya mahu bertandang ke rumah sister Jakarta yang sebelum ini pernah sekali saya bertamu. Kehadiran pertama, hanya berniat menumpang untuk pergi shopping!

Namun, kali ini, niatnya mencari ‘something’.

Alhamdulillah, walau pelbagai cubaan sebenarnya datang (malas, kesian, takut) akhirnya sampai jua. Nak mengingat balik pelbagai kebetulan yang dipermudahkanNya sepanjang perjalanan, sangat banyak. Hanya ucapan Alhamdulillah kuzahirkan.

Setibanya di sana, tak sangka mereka masih ingat diri ini. Walau berkerut seketika dahi mengingat nama, namun mereka still ingat! Malangnya saya tidak. Hanya beberapa yang mampu ingat.

Serta, bukan saya saja yang bertandang, malah dari medan, malang, dan surabaya. Bayangkan dalam kesibukan menyiapkan thesis, koas, mereka menerima tetamu seramai ini. Bagaimana mereka melayan, menjamu? Satu kata, khidmat mereka Tip Top!

(Hassan Al-Banna akan cuba mengingat nama mereka yang dijumpainya, kerana itu juga satu usaha dakwah beliau).

Apa yang saya nak tekankan disini adalah karena karena Ukhwah jurang janggal itu langsung tiada. Kesusahan dalam kesibukan sebagai medic student, langsung tak terlihat. Satu tarbiyah yang besar pada diri ini.

Sejujurnya, diri ini, ketika exam atau sibuk aktiviti lain, rasa berbasa-basi masih timbul untuk hadir majlis ilmu atau menerima tetamu! Astaghfirullah.

Satu lagi, rumah mereka penuh melambangkan keislaman sehingga terdetik “ini baru practice yang benar untuk baitul muslim!”

usrah

Pokoknya yang pasti, apa yang paling utama saya kutip adalah, BERUSRAHLAH! kerana itu medan TARBIYAH!

Tidak kira seramai mana maupun pada bila masa...wujudkan. Kemudian istiqomahlah..

Setelah sudah ditarbiyah, amalkan dan sebarkan..Berdakwahlah!

Akhir kata, ayuh syabab, bangkitlah! Berusahalah! Tadabbur sejarah kita yang dahulu, sebagai pembakar semangat. Dan biiznillah (dengan izin Allah) semoga kita terus istiqomah.

~Proses tarbiyah itu bermula dari tasbih kafarah dalam usrah dan berakhir pada alfatihah dalam next usrah. Ulang dan terus berulang.~

"Itulah hari yang pasti terjadi. Maka barang siapa yang mengkehendaki, niscaya dia menempuh jalan kembali pada Tuhannya" (An-nabaa' 78:39)

Kita memilih untuk berkehendak dan Allah pasti mempermudahkan, insyaAllah.

p/s: Baru habis usrah on9. See! tiada apa yang mampu menghalang melainkan kita yang sengaja me’limit’kan. Fikir fikir.

p/s: