Thursday, June 2, 2011

Rasulullah Rindukan Kita?

Bismillahirrahmanirrahim…..

Artikel yang membuat diri ini sayu… longlai terasa badan sekejap lepas baca artikel ni:

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi saidina Abu Bakar.

Itulah kali pertama dia mendengar orang yang dikasihi melafazkan pengakuan sedemikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna.

“Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankan kami ini saudara-saudaramu?” saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

“Tidak wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan),” Suara Rasulullah bernada rendah.

“kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula.

Rasulullah menggelengkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.

Kemudian baginda bersuara

saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’

Baginda: “siapakah yang paling ajaib imannya?”

“malaikat’ sahabat menjawab.

“Bagaimana pula malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah?” Jelas baginda.

Para sahabat terdiam seketika, dan menjawab lagi “Para Nabi”

“Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka.” Jawab baginda lagi

“Mungkin Kami” celah seorang sahabat.

“Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada di tengah-tengah kau” Pintas Nabi Muhammad.

“kalau begitu, hanya Allah dan RasulNya sahaja yang lebih mengetahui.” jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

“kalau kamu ingin tahu siapa mereka. Mereka adalah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca alquran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku” jelas Rasulullah.

Aku sungguh RINDU hendak bertemu dengan mereka

ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu……

------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Berperang dengan hati, mencari iman yang terbaki, timbul persoalan kenapa hati jadi kering, gersang…? dimana air mata insaf untuk basahkan hati yang makin tandus ini….terasa amat perih!!

Akhirnya artikel ini dan video ini :   ( tapi tidak pasti kesahihannya, maaf). mampu meleburkan diri.

Rasulullah menangis di padang mahsyar.

Ya Allah terasa specialnya menjadi umat akhir zaman. Para sahabat juga pernah meminta untuk menjadi umat akhir zaman.

Rasul Allah, kekasih Allah, merindukan kita….

Dimana lagi kita akan mencari baginda? YA…. di padang Mahsyar. untuk mendapat syafaatnya.

Tapi, persoalannya, adakah kita tergolong dalam golongan yang nabi Muhammad mengaku sebagai umatnya? golongan yang nabi kenali dengan cahaya dimukanya.

Subhanallah…. dimana kah diri ini dan kita sekarang? Ya, mungkin kita tidak sebaik sehebat sahabat2 baginda dahulu. Tapi itulah gunanya mujahadah! usaha! Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Penyayang.

Wallahuaklam…..

mengingati cinta nabi ini, terkadang membuat diri ini menjadi sayu, tetapi bersemangat untuk tergolong dalam golongan itu! amin2! semoga mendapat hidayahNya sehingga diri ini menghembus nafas yang terakhir.

p/s: artikel ni dari program maulidurrasul 1432H. Tersimpan rapi, cuma baru terbelek, dan ingin berkongsi. sweetkan? comelkan cinta kekasih Allah? terus, cinta apa lagi yang kamu dambakan selain cinta Allah dan Kekasihnya? (tanya sungguh2 yang ni!).

p/s: istiqomah bukan senang,tapi itulah perlunya mujahadah! Rasa khauf (takut) tapi perlu diikuti dengan rasa roja’ (berharap) pada Allah itu perlu. Dan berusrah, membaca dan bertaklimlah selalu… moga menjadi makanan hati yang baik!

p/s: exam dah dekat sangat. Slide terlampaulah banyaknya. Namun tekad, untuk tulis tangan semua tu. Sebab saya punya otak bukan scanner lagi geliga dalam mengingat. hee.. So, yang mana sempat insyaAllah ingat. Yang mana xsempat, baru nak cuba scan. Moga dipermudahkanNya. ~xnak sekadar belajar utk past exm! study jgn lupa baca doa…

p/s: Terkadang tertanya kenapa spells harry potter (avada kedavra, expelliarmus, wingardian leviosa, diffindo, accio, stupefy, reducto, dll) boleh diingat dari nama2 obat ni?? huuuu ~ada camping disitu sayang. mujahadah… =)

Akhir sekali, INSYAALLAH! hanya dengan izinNya sahaja kita, saya mampu melakukan semua yang tertulis ini.