Saturday, May 26, 2012

Kisah Bumi Barokah

 

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

60105_160933747253170_113789478634264_517002_1825075_n

Kemarin dulu, alhamdulillah diberi kesempatan olehNya untuk mendengar perkongsian dari kak syima, sister dari Malaysia yang bertandang ke bumi Jatinangor Bandung. Lebih spesifik perkongsian hanya antara akhwat di Bale 1, UNPAD.

Perkongsian tentang pengalaman ke Palestin.

Kak Syima, atau nama sebenar Noorhasyimah bt Ismail, saudara seakidah yang berasal dari Melaka, seorang yang periang merupakan salah satu wakil Aqsa Syarif daripada 9 orang yang dihantar ke Gaza palestin.

 

Walau perkongsian ini berkisar misi pada bulan Ramadhan yang lalu…. Ia tetap sesuatu pembakar semangat untuk jiwa yang segar!

KENAPA PERLU AMBIL TAHU MENGENAI PALESTIN?

isra

Kerana dalam surah al-Isra’ ayat pertama-tama, Allah membicarakan kalamnya…. BA RO KA… Barakah.

kerana bumi ini bumi barakah. Kerana bumi ini yang disebut oleh Allah dalam kalam suciNya.

Tidak disebut negeri lain kerana semua muslim sudah tahu kisah Isra Mikraj dan kiblat pertama umat Islam ini bermula dari tanah ini.

 

PENCAPAIAN:

Kata kak syima, pertolongan kita dan sumbangan orang Malaysia adalah salah satu asybab buat keberkatan bumi anbia ini dan rezeki mereka telah ditetapkan.

Antaranya:

Kilang roti.

1-foto-factory-6r

Penternakan kolam ikan.

Keberkatannya dimana ikan yang diternak adalah ikan talapia yang kita tahu hidup dalam air tawar.

Tapi, di Gaza sumber air mereka air laut, masin. Namun, ikan dengan segar bugar hidup lagi lebih besar saiznya.

Kehebatan saintis mereka salah satu faktor dan BA RO KA tadi kenyataannya.

Banyak lagi sebenarnya pertolongan yang alhamdulillah cuba disampaikan. Anda boleh lihat di http://www.aqsasyarif.org.my/

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Antara beberapa kisah yang saya mahu kongsikan:

KISAH 1.

Di saat mereka sedang menyampaikan bantuan bekalan obat-obatan,

datang seorang lelaki tua Gaza ke wakil Malaysia sambil berteriak dan bunyinya seakan marah.

Ya memang marah, kerana katanya

“Mengapa sekarang baru sampai bantuan?! Anak saya sedang terlantar sakit di hospital tanpa pengobatan! Kenapa baru sekarang pertolongan sampai?!”

Namun…. sambungnya….

“.. tapi saya lebih gembira dengan kedatangan kamu. Pergilah sampaikan obat-obat ini..” (Dialognya lebih kurang gini)

Marah, sedih, gembira, bercampur baur! Seorang ayah…

KISAH 2.

Apabila ditanyakan kepada salah seorang wanita di Gaza apa harapan mereka pada warga Malaysia.

Kata mereka, mereka tidak mengharapkan mereka dapat hadir ke tempat kita, tapi cukuplah doa kita buat mereka.

Dari Abu Ad-Darda’ dia berkata: Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda

مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ “

Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) tanpa sepengetahuannya, melainkan malaikat akan berkata, “Dan bagimu juga kebaikan yang sama.”

(HR. Muslim no. 4912)

Kerana tubuh mereka, tubuh yang siap untuk menjadi kubu Allah. Harapan untuk mereka hidup santai seperti kita, itu mungkin cita-cita yang naudzubillah!

KISAH 3.

Sungguh, rumah mereka kecil namun dihuni ahli keluarga yang ramai.

Karena, mereka akan melahirkan seramai mungkin anak untuk berjuang demi tanah itu.

Di dinding rumah, digantung gambar ahli keluarga yang mati syahid.

Dan mereka berbangga dengan anak mereka….!

Oh ibu Palestin.

KISAH 4.

Mengenai keberkatan lagi..

Kak Syima menunjukkan gambar kilang susu. Lembu yang besar, namun menampakkan kerangka tulang, dan yang penting kantung susunya sangat besar! subhanallah..

bagai nak pecah.

Galloon susu dapat dipenuhi dengan banyaknya.

Pembagian rezeki seperti roti, susu, dan makanan lain diberi 3 kelompok. Fakir, miskin dan sederhana. Fakir diberi percuma, miskin membayar dengan sedikit keuntungan dan golongan sederhana membayar lebih banyak daripada golongan miskin.

KISAH 5.

Ini part saya suka… Tentang kecantikan wanita Gaza.

Seperti kita tahu, mereka berjubah hitam biasanya, malah ada yang menampakkan mata sahaja..

Bukan pakaian hitam saya tekankan, tapi menjaga kehormatan dan aurat.

Diluar bagaikan Dementor kalau dalam Harry Potter, tapi di dalam rumah subhanallah mereka biasa-biasa dan cantik mereka buat si suami dan anak.

Kak Syima kata: “Mereka menjaga aurat, Allah memelihara kecantikan mereka dan benar, wanita adalah perhiasan dunia yang paling indah!”

Malah, mereka memang yang memuliakan tetamu. Walau dalam kesederhanaan…..

-----------------------------------------------------------------------------------------------

NIAT:

“Sejujurnya, kak syima pun tidak tahu bagaimana boleh ke Palestin, kerana menjadi tetamu Allah di bumi barokah pastilah yang dipilih sama seperti menunaikan haji. Apatah lagi terasa diri tidak layak…”

Namun, niat!

Niat yang ikhlas, mengadulah pada Allah, dan berdoa.

Saya rasa kalau cakap niat saya tak terkesan, tapi saya lebih suka ayat keinginan. Rasa ingin pergi, ingin mencuba dan ingin buat baik.

Tergelincir itu normal, dan kerana itu kita cuba bergantung pada keizinan Allah untuk membantu kita.

Dalam apa jua, pasang rasa ingin dan cuba…. wallahua’lam.

MENIKAH:

Ini part yang ditampar hebat!

Ya, itu lumrah setiap orang mahu dinikahkan dibahagiakan. Semua pasti mahu…

Tapi again, niat kita yang membezakan.

Tak nak mengulas niat saya sendiri, tapi saya bandingkan dengan mereka…

Rata-rata umur wanita yang menikah di Gaza belasan tahun, awal.

Namun, niat mereka menikah untuk melahirkan generasi-generasi yang kuat untuk mempertahankan agama ini!

kata k.syima yang menyedarkan diri ini:

“Naudzubillah kita berniat khawin kerana semata-mata mahu menjaga nafsu..”

Ya.. Allah itu penyayang, Islam itu mudah, bagi mereka yang mampu dan mahu menjaga iman, kahwinlah dan Allah akan memberi kecukupan. Itu janji Dia.

Namun, niat mereka mungkin lebih tinggi bagi wanita di Palestin.

Wallahua’lam.

BOIKOT:

Akulah burung pipit itu…..

Empat product yang terang-terang lagi nyata yang dibuktikan oleh skuad Aqsa syarif yang menilai syarikat yang sah menyumbang untuk Israel:

1. Coca-cola

2. Nestle

3. Loreal

4. MC Donald.

Rasai setiap RM1 kita sumbangkan, bermaksud 1 biji peluru kita hantar ke Palestin, melalui Israel.

Kisah nabi Ibrahim yang dibakar marak dengan api, walau api itu disejukkan oleh Allah, namun burung pipit itu terbang mengambil air…

terbang ke api yang marak…. air menetes tinggal sedikit… cuba memadamkan api.

Bila ditanya burung lain “Wahai pipit, kenapa kamu tetap cuba padamkannya walau kau tahu air itu tak akan mampu…?”

“Kerana agar aku boleh bersaksi di hadapan Allah kelak apabila ditanya apa yang kamu sudah lakukan untuk membantu…”

(Fushilat, 41:21)

“ Dan mereka berkata kepada kulit mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit mereka menjawab: "Allah yang menjadikan segala sesuatu pandai berkata telah menjadikan kami pandai (pula) berkata, dan Dia-lah yang menciptakan kamu pada kali pertama dan hanya kepada-Nya lah kamu dikembalikan".

 

Ketahuilah, bila saya menyampaikan, mungkin diri ini pun tak mampu buat dan kadang-kadang lupa…

Tapi kita cuba dan tawakal, atleast!

p/s: Wallahualam.. Dengan izin Allah dan nikmat Allah sahaja kita mampu lakukan.

p/s:Astaghfirullah.. moga Allah membaiki niat kita.