Tuesday, April 19, 2011

Siapa??

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya

seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.


Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata

"Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa mengumpul harta.


Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan

di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah

orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak

kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

 

~copy paste

~sungguh banyak benda mendatang. semoga dapat dilayani dengan kayu ukur petunjuk Allah satu per satu.

~Allah sentiasa ada dan berbicara pada kita. balas farhain balas. dengar-dengarkan…. fikir-fikirkan….

Monday, April 11, 2011

IngaT PesanaN iNi


Assalamualaikum...

entri kali ini peringatan buat diri sendiri. Kita manusia selalu lupa.


Ini pemberian mama buatku sebagai buah tangan dari Mekah. Orang lain dapat kasut, beg, baju dan segala macam. tapi ini yang Allah takdirkan untuk mama bagi hadiah ke aku.

Ingatlah, tasbih untuk terus engkau memuji yang berkuasa ke atas dirimu....

Al-quran sebagai penuntun agar engkau tidak buta diakhirat kelak.....

Sejadah menjadi tempat sujud, tanda engkau patuh pada Allah yang bersemayam di atas Arasyh...

mama pernah cakap "mama pergi mekah, mama mintak untuk anak2 mama rajin buat ibadah, dan mintak semua sampai ke mekah"... "k.ain, Allah itu ada k.ain....wujud k.ain!!"

"buat! sebelum 5 perkara"

Mama abah juga selalu pesan, rajin! buat sesuatu biar dengan berusaha. Hasilnya Allah yang tetapkan. Dengan syarat usaha dulu. "mungkin kita tidak dianugerahkan Allah otak yang bijak, tapi itu suatu tanda Allah menyuruh k.ain lebih berusaha. Pasti ada hikmahnya. rezeki Allah siapa yang tahu" .......... =o

"ya Allah berikan aku kebaikan didunia dan juga kebaikan di akhirat"

Adik2 dan abang aku pula,mereka selalu menjaga aku. Pantang lelaki pandang, pantang lelaki menegur. Mereka pasti bergerak bertindak..

"ya Allah kupanjatkan syukur Engkau hantarkan mereka2 ini sebagai teguran buat aku."

~ semoga doa kali ini dimakbulkan...amin2... Aku nak berbicara denganMu ya Allah..
~Usaha dulu kayh...!
~Dikira ibadah bila disertakan dengan hati yang IKHLAS kerana mencari RIDHA Allah..

"Moga aku terus kuat di jalanMu. Moga dipermudahkan segalanya olehMu. Tapi semua dengan izinMu, jadi pimpinlah daku ya Allah. Sungguh! aku perlukan Mu. Ampunilah aku....."

"astaghfirullahilazim"