Friday, December 30, 2011

Pemuda

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

(post yg panjang)

DILEMA

Baru2 ini saya bergelut dengan diri sendiri dalam mencari erti beriman pada Allah. Semua bermula apabila saya mempersoalkan segala usaha mendekati Allah. Apa maksud ayat Allah ini? Apa yang Allah mahu sampaikan? sepertinya setiap kali baca alquran langsung tiada perasaan. Baca, faham itu kisah dulu, then dah! Kuanggap dah iman dah topup dengan baca n faham.

Lagi ku persoal, apa maksud bergetar kulit sang beriman mendengar nama Allah? Bagaimana boleh basah hati mereka dengan keimanan saat sujud memperhambakan diri? Bagaimana itu Ihsan?

Untuk saya ceritakan maksudnya, untuk memberitahu ini rule nya dan ini yang dimaksudkan…sangat senang!

Untuk saya datang bertandang ke majlis ilmu, usrah dan segala taman syurga pun senang! Tapi ternyata…. saya hanya sekadar tahu, dan sedikit faham tanpa amal.

Erti LAILAA HAILLALLAH, MUHAMMADUN RASULULLAH…

TIDAK saya IMANI seluruhnya.

"Wahai orang-orang yang beriman ! Mengapa kamu berkata barang yang kamu tidak buat. Besarlah kemurkaan di sisi Allah bahawa kamu berkata barang yang kamu tidak buat. ( Surah Al-Sof : 2-3 )

REVOLUSI

Revolusi di Tunisia telah berjaya menumbangkan pemerintah yang gelojoh dengan harta dunia. Revolusi yang tidak menumpahkan darah (Jasmine Revolution). Bukan itu sahaja, semua harta khazanah, emas dan duit rakyat diusung keluar bersama-sama…

Seterusnya, revolusi yang telah berlaku di Mesir, berjaya menumbangkan regim Hosni Mubarak dalam masa 18 hari dan beliau akhirnya terpaksa akur dengan kehendak rakyatnya sendiri supaya beliau turun dari takhtanya dengan laungan 'Down!', 'Down!', 'Down!' Mubarak!... walaupun beliau sendiri dengan sedaya upaya untuk mencari helah dan men'gula-gula'kan rakyat dengan berbagai-bagai tawaran dan sebagainya.

Di Libya pula, Kol. Gadaffi dan kuncu-kuncunya terpaksa mempertahankan kekuasaannya dari dirampas oleh rakyat sendiri yang inginkan demokrasi kerana selama ini mereka telah tertindas dan ditekan hidup dibawah kerajaan yang kejam, zalim(tyrant). Mereka terpaksa bertembung sesama sendiri diantara dua puak yang pro dan anti Gadaffi. Ditambah pula yang terkini, tentera-tentera bersekutu pula mengambil peluang ini masuk dan menyerang negara Libya yang sedang hancur dibedil dan lunyai dihentam kerajaan sendiri. Apakah ini dinamakan mengambil kesempatan?..

Saya menjenguk pula ke negara sendiri dan merasa agak memualkan terhadap apa yang berlaku kepada politik negara. Tidak cukup hentam-menghentam sesama sendirii, fitnah-menfitnah sana-sini dan terkini, isu video lucah dikalangan ahli politik seolah-olah dianggapnya seperti menjual kacang putih di jalanan. Ekonomi negara tidaklah juga sehebat mana, seperti di negara Islam lain yang sedang berusaha untuk pulih dari krisis ekonomi yang melanda. Rasuah di dalam sektor awam mahupun swasta mudah sahaja diamalkan di sana-sini seolah-olah menjadi'cebisan tahi gigi yang masih melekat dicelahan gigi reput'.

Barangsiapa yang selalu menghendaki kehidupan duniawi sekarang ini, maka Kami segerakan baginya di dunia ini, apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami tentukan, dan Kami tetapkan baginya neraka Jahannam, ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir dari rahmat Allah. Dan barangsiapa yang selalu menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh, dan dia beriman, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya akan dibalas dengan baik.” (Surah Al-Isra’: ayat 18-19)

Pemuda dan pemudi

Pemuda dan pemudi sering dikatakan sebagai golongan yang aktif dan kuat semangatnya. Mereka adalah aset negara yang cukup hebat dan tidak terkira nilainya dan mereka perlu diberikan perhatian serius oleh negara.

Untuk muda-mudi ingin saya katakan kepada mereka: “Pulanglah kepada panduan asal kamu…kembalilah semula kepada keizzahan dan kemuliaan kamu…kembalilah kepada Islam, berpegang teguhlah dengan kitab Allah dan jadikanlah ia sebagai perlembagaan hidup. (Puan Rasa (Ummu Muhammad) isteri as-Syahid Dr. Abdul Aziz ar-Rantisi)

Untuk mendapat generasi muda yang hebat ini, mereka mestilah disusun dan dididik dengan didikan yang sejajar dengan dengan Syariat Islam.
Islam menekan supaya mereka ini memiliki kekuatan:-

  • Iman yang mantap
  • Ibadah yang sahih
  • Akhlak yang sejahtera

Nasihat Abul Ala Al Maududi

1. Hakikat Islam dengan secara terperinci,

  • benar-benar menjadi muslim, baik dari segi ilmu pengetahuan mahupun dari segi fikiran.

  • benar-benar menjadi muslim dari segi hati dan perasaan, supaya anda mendapat sebesar-besar habuan daripada kemampuan yang cukup lengkap dan berada di dalam kelengkapan yang pasti untuk melaksanakan kerja kemasyarakatan di zaman sekarang yang sesuai dengan perundangan dan ajaran Islam..

2. Anda semua mesti segera memperbetulkan:

  • budipekerti yang telah menyeleweng,

  • memperbaiki adat yang telah rosak sehingga anda dapat memperlihatkan perkara secara praktikal bagi Islam seperti mana datuk nenek kita telah memperlihatkannya pada masa lampau.

  • Hendaklah anda semua mengetahui bahawa percanggahan antara perkataan dengan amalan itu akan menumbuhkan bibit-bibit nifaq dalam jiwa. Ia akan menghilangkan kepercayaan.

  • Sesungguhnya kejayaan akan bergantung kepada kejujuran dan niat anda, benar di dalam keazaman dan keselarasan di antara amalan anda dengan perkataan anda.

  • Sesungguhnya seseorang yang berkata apa yang ia tidak lakukan akan mendatangkan kemudaratan besar terhadap kepimpinannya. "Wahai orang-orang yang beriman ! Mengapa kamu berkata barang yang kamu tidak buat. Besarlah kemurkaan di sisi Allah bahawa kamu berkata barang yang kamu tidak buat. ( Surah Al-Sof : 2-3 )

3. Janganlah anda merasa sayang untuk mencurahkan segala apa yang anda mampu

  • melalui fikiran dan tenaga bekerja yang Allah kurniakan kepada anda untuk memimpin. Samada dengan tulisan atau dengan ucapan.

  • Hendaklah anda mengkaji asas-asas tamaddun barat dan mengkritik serta membezakan di antara asas yang silap dengan yang betul.

  • Anda perlu dapat membebaskan fikiran dan jiwa orang Islam dari meniru orang-orang barat.

  • Anda hendaklah mampu menghancurkan berhala-berhala dan teori-teori barat kerana teori ini telah banyak menipu segolongan orang-orang Islam sejak zaman berzaman. Ini hanyalah satu sudut, manakala sudut yang lain pula hendaklah anda bertugas menyusun dan membentangkan undang-undang Islam yang bersangkutan dengan kehidupan manusia dengan cara-cara yang paling munasabah dan mudah dalam mempraktikan supaya dapat menarik dan meyakinkan generasi baru bahawa undang-undang Islam itu adalah betul dan baik.

  • Anda hendaklah mampu meyakinkan mereka bahawa jika mereka mengamalkan sistem Islam mereka bukan sahaja akan maju ke depan, malah mereka akan mendahului bangsa lain dalam semua cabang kehidupan.

  • Sesungguhnya makin luas daerah kegiatan kerja anda dan makin betul dengan manhaj Islam maka makin bertambah banyaklah bilangan pemimpin, bilangan pendokongnya dan bilangan orang yang berpengaruh dengannya di dalam tiap perjuangan hidup.

  • Dan tugas anda ini hendaklah diteruskan untuk jangka masa yang panjang hingga tiba suatu hari, di mana akan lahir kumpulan manusia yang ramai, yang beriman dengan tugas dakwah dan bergabung di bawah panji dakwah Islamiyyah. Kumpulan ini sangat kita perlukan untuk mengikat bangunan negara di atas tiang-tiang seri yang berlandaskan Islam.

  • Termasuk di dalam perkara sia-sia sekiranya kita mengira bahawa perubahan Islam secara lengkap dan sempurna boleh wujud dengan tidak didahuluinya oleh persiapan yang cukup. Jika di takdirkan perkara itu berhasil juga dengan tiada persiapan yang cukup lengkap maka perkara itu tidak akan tahan lama dan terasnya tidak akan bertapak kukuh di bumi.

4. Hendaklah anda gabungkan tiap-tiap orang yang berminat dengan dakwah Islamiyah kepada usrah dan kumpulan anda. Hendaklah anda menyusun orang-orang yang ada di kalangan mereka dalam satu jemaah yang kuat, yang mempunyai disiplin yang kukuh dan mempunyai perlembagaan yang utuh hingga kelemahan dan kelonglaian tidak boleh menyelit dicelah-celah barisan anda. Sesungguhnya semata-mata membentuk jemaah di kalangan manusia yang telah bersetuju dengan dasar tertentu tanpa ada penyusunan yang licin, kukuh dan segala gerak kerjanya di tolak oleh perasaan taat dan patuh, maka itu adalah pekerjaan yang cacat tidak akan membuahkan natijah. Ini telah dibuktikan oleh pengalaman dan pengajaran yang telah lepas. Orang yang berpengalaman sahaja dapat menjelaskan kepada anda.

Ini adalah penting kerana :

  • Bumi yang rakyatnya telah mempertuhankan syahwat dan kelazatan hidup tidak boleh menjadi bumi yang baik untuk dibangunkan negara Islam,

  • Bila lahirnya sikap pura-pura dan merebaknya kejahatan yang menyeluruh di kalangan umum manusia, mustahillah untuk dibangunkan dasar dan undang-undang Islam di kalangan para pendusta, pengkhianat dan orangorang fasik. Sejauh mana mereka boleh hidup dengan dasar dan sistem kafir maka sejauh itulah mereka tidak boleh hidup dengan dasar dan sistem Islam.

  • 6. Jangan anda cuba membangun

    • dasar-dasar Islam di atas asas yang tidak sihat, di atas tiang seri yang lemah dan di atas tunjang yang bergoyang.

    • Anda mesti bersabar dahulu di dalam masalah ini, kerana matlamat yang mahu kita capai itu ialah matlamat yang besar, yang bertujuan membaiki nilai-nilai kemanusiaan, memberikan fahaman kepada manusia dan mengembalikan mereka ke kandang Islam sesudah mereka berada di dalam kemurtadan sejak beberapa lama.

    • Kerja-kerja yang baik seperti ini memerlukan keteguhan dan kesabaran dan pemikiran yang matang. Anda pasti menghayun langkah kedepan dan tiap langkah mesti berwaspada, bijaksana dan berhati-hati.

    • Penyertaan kita bersama mereka dengan membawa tujuan yang baik, bersih dan mulia terpaksa berganding bahu dengan mereka dan terpaksa menyesuaikan dengan perjalanan mereka.

    • Ini memberi erti bahawa pada akhirnya kita akan jadi trompet dan alat mainan di tangan mereka, yang boleh mereka lakukan terhadap kita mengikut sesuka hati mereka.

      • Penyertaan kita bersama mereka dengan membawa tujuan yang baik, bersih dan mulia terpaksa berganding bahu dengan mereka dan terpaksa menyesuaikan dengan perjalanan mereka. Ini memberi erti bahawa pada akhirnya kita akan jadi trompet dan alat mainan di tangan mereka, yang boleh mereka lakukan terhadap kita mengikut sesuka hati mereka.

Realiti kita
Setelah sekian apa yang berlaku, sepatutnya ia menjadi i'tibar dan pengajaran yang paling bernilai untuk kembalikan diri kita ke pangkal jalan. Berusaha untuk mendapatkan kembali ketaatan dan ketaqwaan sepenuhnya kepada Allah Taala. Kerana diri kita sendiri terdedah dengan pelbagai ujian sama ada ujian kesenangan atau kesulitan. Sama ada Allah suka atau melaknat, semuanya telah ada tanda-tanda dan terjadi dengan jelas di depan mata. Jernihkan mata hati kita dengan iman supaya kita dapat melihat setiap apa yang terjadi untuk dijadikan muhasabah diri.
Semua kita akan diuji dari pelbagai sudut. Hanya diri yang taat dan bertaqwa kepada Allah sahaja yang nampak jalan untuk kembali kepadanya.

(copied by abuzorief)

DSC_4077

Iman dan tanggungjawab seorang pemuda:

Saya tak faham apa tujuan sebenar kita at the end of the day?!

Saya hanya faham buat usrah, untuk menyampaikan syariat islam saja!

Saya tak tahu apa saya boleh buat untuk kemenangan islam?

Saya tak faham apa Allah mahu dalam surat cintaNya!

Saya tak pernah nak kaji sejarah nabi dan cuba tadabburnya!

Allah kata gunalah hati, pendengaran dan penglihatan. Tapi saya tak benar2 faham.

Saya tak tahu kita dimana sekarang? Islam bagaimana sekarang? dan apa bicara dunia?

I have the right to keep questioning!

Pertama kali, terasa takut untuk mempersoalkan. Namun jika ini agama yang hak, kenapa tidak?! So, I’ll keep questioning, keep searching, and at the same time I’ll keep stand with my standing.

"Humility is my table, respect is my garment, empathy is my food and curiosity is my drink. As for love, it has a thousand names and is by my side at every window” tariq ramadhan.

Wallahua’lam

Monday, December 19, 2011

‘Israel’ released 550 Palestinian war prisoners on Sunday

 

Palestinians-Freed-in-Prisoner-Swap

Palestinian prisoners released

Read more on:

‘Israel’ also freed 55 under-18s out of 164 Palestinian children in ‘Israeli’ jails, according to recent figures from the UN agency UNICEF.

or

Palestinians Welcome Freed Prisoners Home

"I want to thank all the people who were with me, with the struggle of the prisoners, with my struggle and the struggle of my family," Salah Hamuri, 26, a French-Palestinian who was convicted of plotting to assassinate a Jewish religious leader and had been due to complete his seven-year sentence in March, told AFP on Sunday evening.

"I promise that my release will be the beginning of the collective struggle for our common goal, the freedom of our people and the return of Palestinian refugees," he added.

I’ll pray for you! for this moment!

I Hope someday in somehow my dream comes true.

p/s: mereka saja yang tahu apa perasaan ini.. sungguh!

Allah Maha Kuasa. wallahua’lam

Thursday, December 8, 2011

Aku masih mencari rupanya..

Bismillahirrahmanirrahim… Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang… kumulakan….

Melihat video ini tanpa henti meremang bulu roma… air mata menetes.. mungkin hebatnya umat islam, hebatnya kuasa Allah, agungnya kata2 Allah yaitu al-quran.

Hati seperti terimbau kembali saat pertama rasa betapa nikmatnya disapa hidayah Allah. Aku seperti jatuh tersungkur menyedarkan betapa banyaknya dosa yang kulakukan. Betapa butanya diri ini dari melihat keajaiban kuasa Yang Maha Agung…

Saya mengaku, saya memang islam dari kecil. Tapi baru kenal islam baru 2 tahun lebih. Baru kenal islam? ya.. Baru kenal!

Setelah dua tahun sudah cukupkah untuk saya katakan saya benar2 kenal dengan agama ini?? Tidak! sangat tidak!

Jika dulu, hati ini mudah luntur membaca kata2 Allah, kini sepertinya hati ini menuntut untuk lebih faham apa maksud kata2 hikmah itu.

Perjalanan ini bukan senang dan moga usaha untuk memahami yang hak ini berterusan sehingga ku meninggal.

Ku seru diri sendiri dan teman2 ayuh pelajari lagi agama ini. Jika dulu sahabat nabi mengambil masa 10 tahun sahaja dalam mendalami surah al-Baqarah sebelum maju ke surah al-Imran, masakan kita hanya membaca sekali lalu?

p/s: Jzkk teman atas perkongsiannya (video ini).. =)

p/s: Ya Allah semoga Engkau kuatkan hati ini dalam perjalanan menuju jalan yang Engkau redhai. Makin hari hati ini menuntut kefakihan dalam beragama, moga dituntun oleh cahaya taufiq hidayahMu ya Tuhanku.

p/s: Exam makin mendekat. Moga dipermudahkan. amin.. =)

p/s: sy rasa blog ini lebih banyak pandangan sendiri pulak, mungkin kena lebihkan pengetahuan dan kebenaran. iAllah. ;D

Monday, December 5, 2011

Aku mohon ampun ya Allah

Bismillah..

Satu saat bila air mata ini jatuh setitis demi setitis dek kerana penat dengan sikap manusia…

Astaghfirullah….

Tak tahu mengapa menangis kerana manusia. Padahal kerja ini kerana Allah! Kenapa perlu sedih dengan manusia…

Karena mereka tak berbuat seperti kamu mahu?

Karena mereka tak seperti yang kamu sangka?

Siapa mereka? Siapa kamu? Apa mereka tahu yang kamu juga tahu? Apa benar yang kamu tahu dan faham sama seperti Allah mahu?

7008258-bamboo-forest-with-sunlight-natural-green-background

Lagi dasyat bila kamu menghukum….

Adakah karena kamu yang memegang tanggungjawab ini, kamu rasa kamu lah yang faham? kamu lah yang benar?

Ke mana tanggungjawab selepas jawatan ini diletakkan? Terus lepas tangan?

Mana kata2 janji manismu disaat mengaku diri ini bekerja di jalanNya? Mana?!

Apa yang kau harapkan sebenar? Bantuan dah fahamnya manusia, atau pahala dari Allah dan demi kabaikan dirimu disana semata2?

~Astaghfirullah

Hari2 aku berbuat dosa… Namun ya Allah, Engkau Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Lagi Maha Pengampun Maha Mengetahui…

Aku tak akan berputusa asa memohon hidayahMu. Andaikata suatu saat Engkau takdirkan terhentinya hidayahMu buat diri ini, tariklah nyawa ini. Siapa aku untuk mengaku kuat? siapa aku untuk mengaku aku benar?

~Pimpin daku ya Allah. Nasihati aku wahai teman. Kasihkan k.ain wahai adik dan abang. Marahi k.ain wahai mama, abah.~

Kisah Nabi:

"Tidak akan masuk syurga' demikian katanya Nabi Muhammad saw yang bersabda dalam riwayat Muslim "Orang yang di dalam hatinya terdapat seberat biji dzarrah dari kesombongan"

Aduhai alangkah beratnya, pikir sang para sahabat. "Ya Rasulullah" adu mereka "kami ini adalah orang yang suka memakai pakaian anggun, suka mengenakan serban yang menawan, suka melangkah dengan terompah yang cantik, maka dengan demikian kami tak berhak atas syurga?"

"Benar ya Rasulullah" sebagian lain pula mengiyakan "Dan kami adalah orang yang suka jika dikelilingi banyak manusia. Kami suka jika ada kawan yang mengiring saat berjalan. Kami suka jika ada teman yang diajak berbicara ketika duduk. Maka bagaimanakah kami?"

Sang nabi tersenyum sembari bersabda "Bukan semua itu yang ku maksudkan.." beliau menatap semua yang hadir dengan tatapan cinta "kesombongan adalah menolak kebenaran dan menganggap rendah orang lain"

Dalam surah az-zukhruf ayat 51-53, si firaun mengagungkan diri menghina Nabi Musa.

Kisah Iblis berbangga dengan alasan dia diperbuat dari api, menolak suruhan Allah untuk sujud pada Adam.

Sang Qarun yang sombong dengan banyak ilmu katanya dan tenggelam dalam kekayaan harta.

Abu Jahl yang merasa Muhammad tidak layak menerima kerasulannya.

Turunan sifat sombong kadang halus lagi samar. Sebab itu memerlukan akar yang jeli dan hati yang peka. Bukan untuk mengenali kesombongan orang lain melainkan untuk menilai diri sendiri, sejak ia terhembus buat pertama kalinya.

Yang mengerikan, ditulis Imam Ahmad ibn Hanbal dalam kitab Az-zuhd,

"kami dahulu sepakat dan meyakini, seseorang yang menghina dan meremehkan sesosok mukmin sebab suatu dosa, sungguh takkan datang padanya kematian sebelum dia jatuh ke dalam kemaksiatan dan dosa yang sama"

Sungguh yang membuat seseorang sombong dan bangga diri bukanlah kelebihan2 yang dimilikinya, melainkan pikirannya yang dangkal dan jiwanya yang sempit!

Benarlah... Proses tarbiyah mengambil masa yang lama dan hidayah Allah itu siapa yang tahu? Mana tahu dia guru kita yang sebenar.

Benar jua.. kita adalah apa yang kita lihat. Jika yang baik kamu lihat, ya itulah hatimu.


p/s: sungguh ini coretan dari diri yang bersalah yang menjadi peringatan pertama buat diri sendiri.

p/s: Ada orang kata, buat kebaikan jangan ditunjuk. Ya saya mengaku sangat benar, tapi jika bukan kita untuk berusaha memperbaiki diri dan menyampaikan siapa lagi? Islam tetap akan menang, tapi adakah kita hanya mahu melihat. Serta tidak semua yang tidak berdosa wahai sahabat…. Jadi tegurlah diri ini…

p/s: Semangat Jom! Masih ada camping distiu sayang. Masih banyak campingnya! Berusaha yok.. =) Tapi jangan pula kita berdiam diri jika kemungkaran itu berlaku! Ada bezanya dalam menjalankan amal maaruf nahi mungkar.

Wallhua'lam