Wednesday, May 25, 2011

OH LIDAH!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Entri kali ini agak direct. Pertama-tamanya pesanan buat diri sendiri! sungguh!

Sebab ain (maaf, lebih suka pakai nama sendiri =) menulis ini karena hanya ingin menyampaikan. Lebih baik diam, tapi jika benda baik kenapa harus disembunyikan?

Malah Tuntutan dariNya:

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa keterangan Kitab yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya harga yang sedikit, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain daripada api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab yang perit”. (Surah al-Baqarah: ayat 174) ~disebabkan ayat ini, ain menjadi takut. Makanya, ain cuma ingin menyampaikan…

Berbalik kepada lidah!!:

Ini mungkin hadith yang femes tentang lidah:

Dan dalam hadits Muadz bin Jabal tatkala Nabi Muhammad SAW menyebutkan masalah Islam, rukun Islam, dan jihad di jalan Allah. Muadz berkata di akhir hadits:

ثُمَّ قَالَ: أَلاَ أُخْبِرُكَ بِمِلاَكِ ذَلِكَ كُلِّهِ؟ قُلْتُ: بَلَى يَا رسولَ اللهِ. فَأَخَذَ بِلِسَانِهِ وَقَالَ: كُفَّ عَلَيْكَ هَذَا، قُلْتُ: يَا رسولَ اللهِ، وَإِنَّا لَمُؤَاخَذُوْنَ بِمَا نَتَكَلَّمُ بِهِ؟ قَالَ: ثَكِلَتْكَ أُمُّكَ يَا مُعَاذُ، وَهَلْ يَكُبُّ النَّاسَ فِي النَّارِ عَلَى وُجُوْهِهِمْ إِلاَّ حَصَائِدُ أَلْسِنَتِهِمْ؟!

“Kemudian beliau bersabda, “Inginkah kuberitahukan kepadamu penegak dari semua amalan itu?” aku (Muadz) menjawab, “Mau wahai Rasulullah.” Maka beliau memegang lidahnya seraya bersabda, “Tahanlah ini,” aku bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah kami betul-betul akan disiksa akibat ucapan kami?” beliau menjawab, “Kasihan kamu wahai Muadz, apakah ada yang menjerambabkan manusia di dalam neraka di atas wajah-wajah mereka kecuali buah dari ucapan lisan-lisan mereka?!” (HR. At-Tirmizi no. 2616 dan dia berkata, “Hadits hasan shahih.”

Pastinya! semua sudah sedia maklum

Lidah lebih tajam dari pedang.

Tapi kenapa masih ada yang mencarut? Kenapa masih ada yang mencela? Masih ada menghukum? Masih ada yang mengumpat?

TOPIK LEBIH SPESIFIK:

1. Mengumpat

Alahai wanita, perempuan… Normal la tuh! Tapi, mungkin kita boleh perbaiki dengan memuji, bercakap yang baik, atau lebih baik DIAM!

Mungkin boleh bercerita, tapi jangan spesifikkan nama dan bertujuan sebagai pengajaran. Sebab Allah Maha kuasa, andaikata suatu hari apa yang kita umpatkan itu terjadi pada kita? Agak kalut mungkin, kecuali sudah awal-awal kita ambil pengajaran dari kisah orang lain. InsyaAllah!

2. Menghukum, Mencela

Ya, dari mengumpat kita menghukum, mencela. Inilah katanya makan daging saudara sendiri. Mula-mula bercerita, disini ok lagi jika ingin mengambil pengajaran, TETAPI bila ke next phase, kita menyalahkan, menghukum malah mencela, bernanah rasa telinga. Tidak cukup dengan itu, muka marah, mulut memuncung mencebik, mata terbeliak kekadang menjeling tajam, tangan memulas dan menghayun kiri kanan. Maaf jika ain berlebih.

Kenapa tidak kita ambil pendekatan dengan MENASIHAT?

Ya! ain sendiri lemah untuk memberi nasihat. Tapi paling cuba MEMAHAMINYA, then tunjuk CONTOH terbaik. ataauuuuu….

Tilik DIRI SENDIRI. Apa dia buat itu betul? apa ada hikmahnya disebalik kejadian ini. ~Fikir-fikirkan. Kuncinya Nabi melarang kita cepat marah.

SUATU KISAH:

Disini ain ingin kongsikan kisah yang sangat membuat ain berfikir dalam! Sepertinya ditampar sebentar supaya sedar. Moga bermanfaat.

Tidak pernah ain merasa tinggal di asrama sehinggalah masuk matrik. Jadi, masalah berkawan tidak pernah terasa sangat sebab tidak pernah bergelut dengan masalah menyesuaikan diri dengan sahabat.

So, di matrik. Kisah bermula. Si A yang tinggal dekat dengan bilik ain, hanya berpisah dengan 2,3 bilik sahaja menjadi topik perbualan hangat oleh sekelompok kawan si B sampai huruf berapa xsure. Bagaimana mereka kenal, dan bagaimana isu timbul wallahuaklam. Yang pasti ain hanya kenal dia sebagai jiran yang tinggal satu blok asrama.

Ingin dijadikan kisah, dilarut malam tiba-tiba si A yang tidak berapa rapat dengan ain, datang memberi berbekas-bekas makanan. Dia tidak mencari roomate yang lain. Tapi ain! (mungkin Allah ingin menunjukkan sesuatu).

Disebabkan sudah agak tengah malam, selera makan hilang, begitu juga roomate ku yang lain. Ingin dibiarkan besok, pasti akan basi karena bersantan. Jadi, kerana tidak ingin membazir aku membawa bekas2 makanan tadi menjelajah dari satu blok ke blok yang lain menawarkan makanan.

Ternyata ramai yang juga hilang selera makan. Namun, aku panjatkan syukur apabila kawan si B sampai beberapa huruf tadi lagi mencari makanan! Lapar… Gembira bila melihat semua makanan tadi dijamah dan habis. Sungguh, hati terasa senang sebab aku tidak membazir… =D

Sesudah itu, dikutip semua bekas tadi dan pergi untuk membasuhnya. Tika itu, ilham ini datang. “ Ya Allah, pahain jangan pernah kamu mengutuk mengumpat seseorang, takut suatu hari kita PERLU BUDINYA secara TIDAK sedar apatah lagi sedar! Hidup ini berputar sayang” Sekarang aku faham kenapa Allah menyuruh nabi menyampaikan nasihat bukan mencela. ~ini pandangan peribadi.

Tidak terasa janggalkah kita, orang yang baru kita kutuk tetiba kita bermanis muka untuk meminta pertolongan.

Namun, itulah hakikatnya!

Teringat satu bait dari satu buku yang bercerita tentang lidah

“ Orang yang MENDENGAR kejelekan, ia juga SEPERTI pelakunya, dan kedai makanan akan bersama dengan ORANG YANG MAKAN.”

Kita yang berkata, sebenarnya itulah kita! kita adalah apa yang kita lihat. Jika kita lihat baik, comel lah jadinya! Hati senang, mulut tidak payah.

Daripada berkata yang sia-sia, baik kita menanam pohon-pohon kurma di syurga! yaitu dengan memuji-muji Allah, bertasbih bertahmid hamdallah dan istighfar. Pahala dapat, hati pun tenang.. =D ~insyaAllah!

Teringat lagi kata-kata seorang ustaz. Mengikut kajian, air itu akan berubah elok dan positif bila dibaca bismillah dan menghembuskan kata-kata yang baik. Air itu akan menjadi tenang dan sebagai ubat mengikut doa-doa baik yang dihembuskan sebelum meminumnya. Kata uztaz itu lagi, dia tidak jadi minum jika ada orang yang berdekatan sedang marah-marah, berkata yang buruk, karena pasti molekul minumannya berubah menjadi tidak baik.

Lagi pesan mama “ cakap tu yang baik-baik, biar masin sket mulut tuh. nanti senang nak bedoa. Nanti ada anak pun, lagi la senang!”

p/s: Sungguh ini pesanan buat diri sendiri juga. Diri ini tidak kuat untuk berpesan direct. Cukup sekadar menunjukkan contoh yang baik, insyaAllah.

p/s: Minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Kita mengaku kita ISLAM, MUSLIM, maka jadilah orang islam yang sebenar. Ayat Allah sudah datang, jangan dibutakan ditulikan telinga. ~Astaghfirullah

p/s: Kata seorang teman, jika benar kamu mencintai saudara sendiri, pesanlah, ajaklah sebab kita sayang hendak biarkan kawan kita dijilat api neraka. Apatah lagi keluarga sendiri.

p/s: Gud luck pada yang akan exam. dan diri sendiri pun. USAHA dulu yok!

Astaghfirullah, minta maaf dan sekian. =D ~PEACE!

Saturday, May 21, 2011

KetenangaN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Saya amat rindukan alam:

1_pemandangan5_1_

02%252520InfraRed

images

pemandangan

violet-sunset-102414

Kenapa hati kita tenang jika masuk hutan dan bunyi2 unggas walau mungkin bingit tapi tetap menyenangkan?!

Sebab alam itu berzikir pada Allah. Dalam bahasa yang tidak difahami tapi tetap menenangkan kita..

p/s: tiada orang yang aku boleh cari untuk bercakap tentang alam. =( ….. kecuali abah! rindu abah

dalam perjalanan ke terengganu, matahari mula terbit, abah lebih rela melencong sekejap dan berhenti tepi pantai untuk melihat matahari terbit. Dan aku orang pertama abah akan kejutkan.

DSC_1184hh

DSC_1178

Abah tahu apa yang nak dilakarkan kisahnya ketika memandang langit.

Subhanallah….. Semua milikMu ya Allah

Aku hanyalah hambaMu yang sangat kerdil lagi secebis diantara penciptaan langit dan bumiMu yang terbentang luas.

Bagaimana lagi boleh aku berjalan sombong di muka bumi ini disaat beribu makhlukMu menyungkur sujud atas hamparan tanahMu ya Allah…?

Bagaimana lagi boleh aku mengharapkan cinta dunia disaat keajaiban langit Mu di atas sana sedang berbicara..?

Namun, semua ini dan aku adalah milikMu. Pasti akan merekah jua tanah ini,menyiapkan kamar kecil lagi gelap buat aku memasuki alam pembicaraan. Pembicaraan malaikatMu.

Bagaimana harus aku lupa ya Allah? bagaimana aku masih boleh sombong ya rabb? bagaimana harus aku layani semua ini tanpaMu ya Rahim?

ramadhan-sujud-1tersungkur sujud dahi menyentuh bumi tanda patuh dan berserah diri

# banyak benda harus dilayani… namun ustaz cucu pesan : ikhlaskan hati. berserah saja padaNya. Allah Maha Mengetahui. Yang penting saatnya sekarang, mencoba untuk yang terbaik…

# ingat! hati dan diri yang suci itu, adalah hati yang tidak pernah disentuh oleh “tangan2” dunia lagi kotor itu.

INSYAALLAH =)