Tuesday, February 8, 2011

Doa Yang Indah

Bismillahirrahmanirahim….

Dari post kakak usrahku….

Ibn ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma jika duduk di dalam satu majlis, beliau tidak akan bangun sehinggalah beliau berdoa dengan doa ini, dan beliau mendakwa bahawa Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam berdoa dengan doa ini untuk orang-orang yang duduk bersamanya di dalam sesuatu majlis :

‘Ya Allah, berikanlah kami rasa takut kepadaMu yang boleh menjadi penghalang di antara kami dan maksiat kepadaMu,

dan (berikanlah kami) ketaatan kepadaMu yang boleh menyampaikan kami kepada syurgaMu, dan (berikanlah kami) keyakinan yang memudahkan kami untuk menghadapi musibah dunia,

Ya Allah, berilah kami manfaat pada pendengaran kami, penglihatan kami dan kekuatan kami selagi kami hidup, dan jadikanlah ia kekal dengan kami dan terpelihara sehinggalah kami mati,

dan Kau berikanlah balasan ke atas orang yang menzalimi kami, dan bantulah kami ke atas orang yang memusuhi kami,

dan janganlah Kau timpakan musibah pada agama kami, dan janganlah juga Kau jadikan dunia ini sebagai sebesar-besar kerisauan (matlamat) kami serta (janganlah Kau jadikan) pengetahuan kami mengenai dunia semata-mata, dan janganlah Kau biarkan orang yang tidak mengasihani kami menguasai kami’.

Lebih banyak penerangan sila klik disini

4539569809_087e16f23e

~doa ni dalam maknanya. penerangan dari blog kakak usrahku, lagi jelas. Semoga menjadi peringatan buat aku.

~terkadang kita lupa, kita leka, lalai dengan tujuan sebenar…. ini bukan kisah dunia semata tapi alam akhir yang kekal itu yang utama…

~ amin amin…semoga Allah sentiasa melindungiku…

wassalam wbt

0 comments:

Post a Comment