Friday, April 20, 2012

Taklim Sukawening


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Sungguh sudah lama saya berhenti post sebarang entri disini. Kenapa? Banyak sebab yang berkaitan pergaduhan diri sendiri.

Kekadang terasa bila berhentinya menulis, membuatku berhenti berfikir dan terus bertimbang. insyaAllah penulisan ini tidak akan berhenti disini.

Tanggal 20/4/2012 (jumaat) seperti biasa Taklim Sukawening yang hanya dihadiri oleh akhwat pelajar Malaysia di daerah Sukawening ini.

Saya, sejujurnya yang baru berpindah dari Alpina ke Sukawening amat menyukai taklim di Sukawening ini kerana kami hanya sesama akhwat. Curahan hati lebih ikhlas lagi dalam dan kadang-kadang penuh makna. Sungguh!

Allah yang memegang hati-hati hambaNya.

Malam itu namun ada kisahnya tersendiri. Malam terakhir kami berbulat dengan teman-teman twining program 09 dari UKM yang hari ini sudah tidak saya dengar suara-suara mereka disekeliling kamar 21 ku ini.

Namun, perkongsian oleh ukhti Mahirah menyentuh tentang 'Dimanakah kita?'

Dan untuk memperoleh semangat seperti sultan Al-Fateh, sayidina Ali ra, sahabat Mus'ab bin kaab ra dan mereka-mereka al-shabab itu semuanya bermula dari HATI!

Hati yang bersih hati yang mampu mengenal al-Quran.

"Fahamilah islam yang syumul dan shahih" Syumul kerana islam bukan tentang ibadah tapi menyeluruh. Shahih berpandukan yang benar dari alQuran dan alSunnah. Disini ku tertanya adakah sudah ikhlas hati ini? Dimana letaknya Allah dalam hatiku...

Kisah sahabatku Misah, bagai melenturkan hatiku! Bukan melentur... tapi... ya Allah Engkau menguji hamba-hambaMu. Dan paling gerun apabila diri tidak mengenal itu ujian Allah! Sahabat, diri ini hanya mampu mendoakanmu.. Semoga Allah memberi hatimu hati yang kuat!

Seperti biasa dalam bulatan kami, sesudah yang menyampaikan, sesi luahan rasa perkongsian yang lain menjengah. Di sini lah yang kusuka kerana di sini ku dapat dengar suara-suara semangat itu!

Yuyu, Ain pasti rindu suara itu yang lembut namun penuh semangat.
Lina, dalam nakalmu ada sifat kuat lagi ramah yang kuteladani.
Zati kelembutan dan sifat malu itu yang Ain sukai.
Umi dalam dakapanmu Allah seperti menyentuh hati Ain semalam. =( sungguh engkau mengajar erti kelembutan, kebijakan, dan solehah.

Dalam sujudku wahai sahabat, ku selalu panjatkan rasa syukur pada Ilahi kerana menghantarmu semua dikelilingku. Banyak nama yang tak mampu disebut, tapi ketahuilah dalam setiap dirimu sentiasa mengajar diri ini tentang sesuatu.


Kita sudah berjanji mahu bertemu di syurga. Kita berpesan berdakwah lah jua buat keluarga. Dan sahabat, moga Ain kuat seperti kalian semua! Semoga Allah redha dengan kita!

Iman itu yaziddu wa yankus. Semoga Allah sentiasa pegang hati-hati kita dan menuntun ke jalan yang Dia redha. Pertemuan ada perpisahan, namun ketahuilah Allah pasti satukan hati-hati kita selagi kita mengadu hanya padaNya.

"Dan yang mempesatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kami tidak dapat mempastukan hati mereka, akan tetapi ALLAH telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana" (QS Al-Anfal:63)







0 comments:

Post a Comment