Thursday, July 26, 2012

Salam Ramadhan 1433H




Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah... Alhamdulillah.... Alhamdulillah....

Sebab Allah masih beri kesempatan untuk terus bernafas dan memasuki bulan ramadhan ini.
Alhamdulillah, malam pertama terawikh, kami berjemaah dan Allah sentuh hati ini.

Ramadhan ini tak bermakna jika diri ini tak mampu melepaskan satu lagi 'sekatan' dalam hidup ini.
Bukan satu mungkin, tapi beberapa..
Sekatan ini harus dilepaskan dan memerlukan mujahadah,
Untuk mencapai TAQWA.
Biidznillah.
Walau definisi sebenar Taqwa sendiri aku masih mencari.

Namun, agak menyesakkan dada apabila membaca kisah-kisah saudara yang lain.
Di Rohingya, di Palestin, Di syria, Di kemboja!
Satu yang menghantui, apabila aku sudah tahu, apa yang aku perlu buat?!
Sungguh, satu dilema yang menyakitkan!

Terbaru, save maryam di Indonesia!
Bumi yang aku suka laungkan lagu negerinya.
Bumi tempat ku menuntut ilmu.
Bumi yang aku belajar erti perjuangan demi rezeki yang halal
walau sebagai sol sepatu, pengasong, dan penjual
sekecil-kecil benda, asal ia halal!
Bertambah sesak hati ini...

Jika di tempat lain, kita boleh cakap ia jauh,
dan aku hanya seorang pelajar, perempuan lagi,
apa yang aku boleh buat? melainkan doa dan memasang cita-cita suatu hari aku dapat menghulurkan bantuan.

Tidak terasa mungkin, jika kita tidak muhasabah,
bagaimana Rasulullah memandang orang disekeliling dahulu,
penuh kasih sayang, penuh rasa ingin menyampaikan tujuan sebenar kita di bumi ini.
Menyampai risalah Allah.



Alhamdulillah, kenalan Ahmad Fahmi Sulaiman menawarkan peluang untuk bergabung membuka tabung derma.
Dalam masa 3 hari saja Rp 10 juta kami terima masukan ke akaun saya di Indonesia dan
a.amad di Malaysia untuk tabung Rohingya.
Satu demi satu masuk gedebuk!
ROHINGYA
Update Rohingya

Di Indonesia boleh masukkan ke akaun:
Nama: SITI FARHAIN BINTI AMIR
NOMOR REKENING/No Akaun: 416-01-00001-14-8
Nama Cabang: CIMB BDG MERDEKA
Bank CIMB NIAGA.
Nota kaki: Ini tidak perlu PM.

Di Malaysia boleh masukkan ke akaun:
Nama: Ahmad Fahmi Sulaiman
No Akaun: 163019461063
Bank: Maybank
Nota kaki: PM Ahmad Fahmi Sulaiman selepas mengisi uncang. Nama dan jumlah.

Link
Senyum! puas!
Kini dibuka tabung untuk Syria pula.
Tapi, jangan senyum dulu.. jangan puas dulu
hari-hari membaca update kisah di bumi-bumi itu, menyedarkan perjuangan belum selesai!


Terbuka kembali video REVOLUSI MESIR 25 JANUARY 2011
Mengenang kembali perjuangan mereka dulu
menjatuhkan regim Husni Mubarak.

Ada satu masa, aku terasa puas!
puas sebab terasa sudah ramai yang tahu tentang kisah-kisah dunia berbanding dulu,
tapi selagi Malaysia sendiri tak berubah,
Indonesia sendiri tak berubah,
Pemerintahan dunia lain tak berubah,
hanya beberapa kelompok kecil yang menderma,
hanya orang yang sama bercerita,
hanya kenalan yang dipilih di fb sahaja yang meng'update'
jangan pernah rasa puas.

Puas hanya bila semua tunduk dengan keadilan sebenar!
ustaziatul alam adalah Islam.


INDONESIA

Kanak-kanak belakang rumah ni pun menuntut hak mereka.


Aku lihat di sekeliling,
dunia lain berbicara,
saudara kita dibumi lain menuntut hak kita,
hak untuk mendoakan mereka,
hak untuk turut membantu,
hak untuk ambil tahu,
yang aku rangkumkan dalam satu kata,
hak sebagai MUSLIM.
Muslim akidahnya, ibdahnya dan akhlaknya.

Tapi akhirnya,
seperti lagu Michael Jackson
People in the mirror,
that is myself! Start with myself.

Apa yang aku dapat buat?
Ku cuba kecilkan dunia,
apa yang aku dapat buat.

Diri ini bukan yang sempurna,
tapi dengan izinNya diri ini sedar,
ada benda yang dapat aku lakukan.

Mohon doakan dan mohon nasihat dari sahabat semua.

"Ya Allah, ampunkan kami atas apa yang kami tidak tahu, apa yang kami tidak mampu. Kami mohon kekuatan dan pertolongan dari Mu. Bangkitkan kami bersama keizzahan(kemuliaan) agamaMu. Izah ini milikMu dan menangkan orang islam. Menangkan Islam. Menangkan Islam!"











0 comments:

Post a Comment