Monday, April 1, 2013

Berbicara soal syurga!

Ku mulakan dengan nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Begitulah, sampai satu saat, nikmat Allah tak tertahankan... aku memilih untuk meluah dari hati paling dalam. Makanya, menulis.

Walau mungkin tak menyelesaikan masalah, tapi berbagi rasa, berbagi nikmat Allah, dan meng'clarify'kan sesuatu bagi diri sendiri...

Aku hanya mampu bersyukur pada Allah atas segaalaaaa nikmat yang Dia beri selama ini.

Nikmat datang ke Bandung, nikmat paling besar! Kerna disini, aku belajar mengerti erti LAILAHAILLALLAH.

Sampai, aku mengaku, aku masuk islam hanya beberapa tahun ini...

Untuk belajar lagi, apa erti Islam, dari sisi pandang Allah, bukan sisi sangkaan ku yang jahil, sangat jauh lagi perjalanannya.


Satu masa, kami duduk berbulat membicarakan tentang syurga...
Tak sedikit yang menjatuhkan air mata... tak sedikit yang sebak, apabila membicarakannya.
Kami ber'pillow talk' bagaimana mengenal tarbiyah.
Aku menceritakan bagaimana diri ini pernah rebel apabila diajak beriman.
Dengan menyangka, cukuplah apa yang aku lakukan selama ini... ini sudah cukup islamik!
Maaf! saya tak terima tarbiyah kamu kerana saya sudah tahu Allah itu tuhan. Itu sudah cukup bagiku pada sangkaan ku...

Tapi aku lupa! lupa dengan kata2 cinta mereka...

Satu kata cinta Bilal:
"Ahad!"

Dua kata cinta Sang Nabi:
"Selimuti Aku....!"

Tiga kata cinta Ummu Sulaim:
"Islammu, itulah maharku!"

Empat kata cinta Abu Bakr:
"Ya Rasulullah, saya percaya...!"

Lima kata cinta Umar:
"Ya Rasulullah, izinkan kupenggal lehernya!"

Kata2 cinta, yang mereka imani bukan sekadar tulisan... bukan sekadar iman biasa-biasa! 

Bagimana mahu syurga Firdaus berjiran dengan mereka, apatah lagi menatap wajah Allah?
Tak layak...



Penting bagimu temanku mengenal islam dengan mengetahui sirah Rasulullah.
Mengetahui perjuangan Rasulullah.

Satu subuh, ada sahabatku bercerita tentang profile Fatimah Az-zahrah. Ya, puteri rasulullah sallahualaihiwassalam.
Kongsinya, sahabiah ini pernah menangis dan tersenyum sebentar saat pemergian ayahandanya.
Menangis kerana Rasulullah memberitahu dia dapat rasakan masanya tidak lama lagi kerna Jibril datang beberapa kali padanya.
Kemudian, tersenyum apabila mendengar ayahnya menyatakan dia  merupakan penghulu bagi wanita di syurga!
Bagaimana kita, aku sendiri yang hidup jauh beribu tahun zamannya dengan rasulullah menyatakan mahu menjadi antara orang yang tersenyum bersama sahabiah ini?


Pagi tadi, sempat membelek facebook.
Satu hal yang dulu kusabarkan adalah gambar2 cantik si adikku. Sangkaan ku dulu, sabar saja dulu. Marah yang sangat akan membuat dia sedih nanti.

Pagi ni, tak tahan! Gambarnya di like JATEY (bahasa kasar membawa maksud lelaki di kelantan) hampir dekat seratus orang. Darah panas naik ke kepala.

Terus call mama... cari adik "Assalamualaikum ma! mana Ira? pegi sekolah dah?"
Mama seperti faham, terus bagi phone ke Ira.
Kesannya, habis semua gambar ku delete. Maafkan kakakmu... Kak Ain cuma sayang semua umat Islam kerana Allah inshaaAllah.

Aku cuma rasa tak aci...

Tak aci, aku bercerita soal syurga kemarin, sedangkan adik sendiri ku biarkan...
Sedangkan surah Tamrin ayat 6 Allah menyatakan jelas disitu
"Pelihara dirimu (fisrt things) dan ahli keluargamu dari apa neraka"


Abah pernah menyatakan "kredit kad abah hanya untuk k.ain, k.ain nak apa cakap ja.."
Kalau ikutkan nafsu, ingin memboros, ingin pulang berehat kononnya..

Tapi rasa tak aci! Tak aci mengenang kisah sahabat yang berhijrah meninggalkan negeri Mekah
atas dasar menyelamatkan agama..
Namun, aku hanya atas dasar melempiaskan nafsu rehat, makan, bermain dan ber 'lalala'??

Rasa tak aci, melepaskan rasa berpenat lelah kerana dunia (walaupun benda baik) dengan mencari keseronokan dunia juga. 

Dalam alquran, Allah telah menyatakan boleh saja Dia memberikan kesenangan dunia,
tapi syurga akhiratmu tidak kamu perolehi.
Banyak ayat itu. Cari sendiri.



Pesan jua si sahabatku,
jika kamu hanya mengenal jalan juang ini atas dasar takut..
Takut kerna azab Allah, kamu akan mudah letih.
Jika kamu hanya mengenal jalan Allah ini atas dasar berharap..
mengharapkan kurniaan senang di dunia, kamu akan mudah putus asa.
Pada waktu yang sama, dua rasa ini tetap akan ada
kerna kita hamba.

Tapi katanya, jika kamu kenal jalan ini dengan rasa cinta...
kamu tak akan letih! Tak akan putus asa!

Nikmat, ditambah rasa syukur dan memberi lagi
Ujian, dirasakan salah satu cara Allah menaikkan martabat hamba-hambaNya.

Persoalannya sekarang.. apa itu cinta di jalan juang Allah?
Bagaimana rasa cinta yang sebenar pada Allah? T_T
Bagaimana menumbuhkannya?

p/s: Perempuan itu fitnah bagi lelaki. Andai entri ini pun mampu membawa fitnah, tinggalkan aku dibelakang. Buang jauh-jauh pesanan ini. Kerna iman kepada Allah, iman sahabat sahabiah zaman Rasulullah, iman yang tak tertandingi dan bukan main-main!

p/s: Kita boleh jadi orang biasa-biasa. Syurga juga ada beberapa tingkat. Cuma, pasangkan niat mahu syurga paling tinggi! Syurga Firdaus si mati syahid.

Dalam banyak-banyak perbuatan kita sehari-hari, cakno menilik niat kamu melakukan sesuatu kerana apa.
Jika bukan kerana Allah, hanya nafsu semata... terngiang-ngiang laungan Rasulullah saw buat sahabat:
"Dalam dirimu masih ada jahiliyyah!"

Sekecil niat mahu cepat pulang Malaysia, niat mahu makan besar, niat berpakaian, niat menonton, dan banyak lagi... semuanya atas dasar apa?

Mungkin nabi Muhammad kenal ini sebagai jalan juang, namun bagaimana pula mengenal sebagai jalan cinta? 
Bagaimana itu cinta padaNya? 

Tuntun kami ya Rabb,



Heppy Belated Bufday buat Mursyida!
Walau tak semua benda dalam gambar ni jadi milikmu =_=

Salah satu sebab rasa yang sangat menulis, kerana
banyak benda terlupakan tentang sahabat seperjuangan...
Banyak hak mu sebagai sahabat muslim yang tak tertunaikan.

Akhir kata, doa pada Allah. =) <3 nbsp="">

wallahua'lam

2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum kak ain.
suka bc entry yg ni.

jap nk tnye, kalau cam kak ain ckp kt adik utk buang gmbr2 tu, mcmane kalau keadaan itu sebaliknya? kita perlu ckp kt org yg jauh lebih tua, dan mungkin, jauh lebih mengetahui ttg islam tp cuma, tidak kisah sgt psl gmbr2nye yg nmpk aurat sikit2 tu? dilemma. =D

FarhainAmir said...

waalaikumusalam wbt.
Asifff tak perasan komen ni. =)

Hmm... untuk menegur k.ain rasa orang tu perlu kenal kita terlebih dahulu. Apa yang kita perjuangkan.

Macam adik k.ain n famili k.ain, mereka nampak apa yang k.ain cita-citakan. sebab k.ain luah je segala apa yang k.ain belajar di Bandung.

Tebarkan kasih sayang, kemudian bila ada hal yang camping, kita bersuara.

Kadang2 mereka tak terima pun, tapi atleast kita terus bagi nasihat.

Hmm... kalau dia tahu tentang islam, mungkin lebih mudah? Atau tahu tak semestinya faham kan? So, mungkin dari segi bagaimana nak buat dia berfikir,,,,sebab dia dah tahu hukumnya. Cabaran gak tu. =_=

Wallahua'lam. asif tak membantu sgt.

Post a Comment