Saturday, August 20, 2011

NiCe 2o11.. Pertanyaan Terjawab!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…

TUJUAN PENCIPTAAN MANUSIA:

1. Sebagai khalifah Allah di muka bumi (albaqarah,2:30)

2. Untuk beribadah

Aku sering tertanya, bagaimanakah harus aku jadikan belajar dan kerja nanti juga adalah satu ibadah.\?

Seorang teman pernah bertanya

“kenapa setelah diberi tarbiyah atau pelajaran agama, kita hanya memilih medan usrah, taklim, dan kata2 yang berdegar-degar sahaja sebagai mediumnya? Terutama bagi pelajar…….”

Ya! ibadah bukan sekadar solat, puasa sahaja, dan menjadi khalifah di muka bumi bukan pula hanya bermaksud menjadi ketua memperjuangkan islam semata. (Namun ingat, ilmu paling utama itu adalah ilmu wahyu!).

Jadikan makan kita ibadah, tidur kita ibadah, belajar kita ibadah, kerja kita ibadah…kepadaNya.

Menjadi khalifah untuk diri sendiri, untuk keluarga, untuk minoriti, dan untuk ummah paling tinggi.

Dan benarlah, dakwah itu ibarat oksigen, ada di mana2 dan perlu senantiasa.

Agama bukan sekadar adat, tapi ISLAM itu sendiri yang diperjuangkan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

AGAR BELAJAR DAN KERJA MENJADI IBADAH

IMG_2520

From bench to the bedside menjadi tema program NICE kali ini. Pernyertaan daripada pelajar medic malaysia dari seluruh dunia kali ini bertemu 4 hari 3 malam di kem kijang Kelantan.

BAGAIMANA SEORANG PELAJAR MEDIC BOLEH MENJADIKAN KERJANYA SEBAGAI SATU IBADAH?.

Walaupun program NICE ini motivator lebih ramai terdiri daripada doktor dan ahli farmasi atau dentist sangat sedikit namun itu bukanlah alasan untuk tidak mengutip iktibar perjuangan mereka.

Disini, akan kunukilkan beberapa pengalaman berharga yang dapat kukutip dari program ini, sebagai peringatan buat diri sendiri dan sebagai perkongsian jua….

Doktor, profesion yang paling atas, orang yang paling dihormati, kerja yang paling disegani, (semua kata2 motivator) namun, kerja doktor menuntut kecekalan, kesabaran dan banyak lagi semangat juang kerana mereka berdepan dengan seribu satu jenis pesakit dan penyakit, serta ramai lagi kakitangan hospital. Keadaan lebih mencabar ketika oncall, malah ramai merungut tidur seorang doktor kekadang satu dua jam sehari.

Pesanan motivator,dua perkara yang perlu disegerakan bila ada masa sesudah menjadi doktor, solat dan makan! =D

Namun, bukanlah kepenatan itu yang ingin ditonjolkan, kerana Allah Maha Mengetahui, dan Allah tidak pernah menzalimi hambaNya. Kita berada di sini kerana Allah tahu kita layak, dan InsyaAllah sebarang kejadian Allah telah rencanakan. Semoga usaha2 kalian mendapat ganjaran pahala tiada tandingnya. Amin.

Sebagai muslim, kita percaya sakit itu datangnya daripada Allah, sebagai salah satu bentuk ujian kepada hambaNya. Jika Allah kata jadi, maka jadilah! Dan harus juga kita beriman bahawa Allah jua yang menyembuhkan.

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sehingga kaum itu berusaha mengubah nasibnya. Sebagai hamba biasa kita perlu berusaha mencari obat dan obat ini hanya akan menjadi musabab untuk sembuh. Atau ‘perantara’ kerana kuasa yang menyembuhkan hanyalah Yang Maha Kuasa.

Pengalaman seorang pharmacist, obat yang sama memberi efek berlainan kepada pesakit yang mengidap sakit yang sama. Secara saintifik, metabolism body menjadi faktor barangkali, tetapi secara hakiki Allah memberi nikmatNya kepada sesiapa yang Dia mahu.

Antara isu yang dibincangkan;

1. Tugas doktor dalam membantu pesakit untuk solat. (Solat itu wajib, dan ada caranya bagi orang yang sakit)

2. Bagaimana hukum solat, atau puasa bagi pesakit yang memakai bandage, catheter, atau kena di anoscope,biopsi, examination rectum or vagina dan banyak lagi!

3. Hukum berubat dengan ubat yang bersumberkan haram. Contohnya dari babi/khinzir. Gelatin antara bahan yang sangat luas digunakan dalam industri farmasi dan sumbernya ada dari babi serta masih syubhah

4. Hukum taharah (bersuci)

5. Mewujudkan hospital mesra ibadah. (rupa2nya HUSM KK dah jalankan antara ciri2 itu… bangga2, walau xselalu pergi…).

Subhanallah, mendengar pengalaman seorang doktor ini yang sangat berpengatahuan luas, dan cuba mengaplikasikannya pada pesakit beliau sangat menarik. Tidak kurang menarik juga bila mendapat cemuhan dari pesakit. ‘Itu urusan aku dengan Allah!”

Sakit itu datang dari Allah, dan Allah jualah mengizinkannya untuk sembuh.

Seorang doktor yang beriman denganNya, bukan mengubat secara fizikal semata-mata, malah melalui dari segi rohani.

Prof dr Muhaya, seorang lagi sosok doktor wanita yang hebat. Sebagai pakar mata, mengikut kajiannya setiap penyakit, adalah disebabkan perangai pesakit itu tersendiri. Wallahuaklam. Tidak kurang juga perkongsiannya dalamn mengaplikasikan usaha mengubat melaui “SOUL'”. Dan yang pasti berlandaskan agama.

Sekecil-kecil bismillah untuk mengambil darah pesakit ke sebesar-besar membantu pesakit mengambil wuduk, semua itu ibadah!

BAGAIMANA DENGAN FARMASI?!

Dah, penat duk cerita pasal tugas ibadah doktor (walau banyak tips yang diperoleh..hee) nak beralih ke profesi diri sendiri pulak!

Motivator yang dijemput, adalah seorang pharmacist yang mempunyai kilang farmasi terbesar di malaysia di Penang. Tapi orang kelantan, cik rahim.

Ahli Farmasi tidak punya masa yang lama untuk berinteraksi dengan pesakit seperto doktor. Paling, kerja farmasi dapat receipt, bagi ubat….dah…

Hospital USM KK menjadi contoh, disampul ubat ditulis “TIADA PENYAKIT MELAINKAN ADA UBATNYA”. (lebih kurang, xpasti apa yang tepat =s ).

Tugas seorang farmasi juaga tidak sesempit itu, mencari sumber halal sebagai alternatif ubat bersumberkan benda haram juga menuntut seorang farmasi memainkan peranannya!

Teringat lagi dr syed khalid berteriak “ mana pharmacist ketika para haji harus disuntik vaksin dari babi sebelum ke tanah suci?! Mana tugas kalian? Ni lah….. “ nada penuh mencabar disalut dengan kesal diakhirnya. Astaghfirullah….

Tika ini, senyum sinis saja yang mampu kami simpulkan…

SKUAD KITO CAKNO

IMG_2498

Dijamu makan sebelum bertolak.

Untuk mengaplikasikan apa yang telah kami pelajari, kami di bahagi beberapa kelompok dan setiap kelompok mempunyai doktor pembimbing. Bersama ahli skuad KITO CAKNO kami berpecah. Sebahagian ke stroke centre di HUSM KK dan sebagian ke rumah pesakit strok sendiri.

Aku bersama 3 lagi sahabat, dan dr Jefry sebagai pembimbing kami menuju ke Panchor, dua buah rumah pesakit strok.

Apa yang mampu dikongsi, Allah punya cara untuk menyentuh hati hambaNya tapi kita sebagai muslim tetap harus mencari dan melihat kasih sayang dariNya itu.

Dan nikmat mana lagi harus aku dustakan? sihat.. senang.. lapang.. Ku anggap ini juga bentuk ujian dariNya. Bagaimana ku perlakukan nikmat yang diberiNya. Masih kufur? Ingkar? ku tepuk dada kusapa iman………

Setakat ini sahaja, sesungguhnya ini hanya satu harapan dan peringatan. Perjuanganku masih belum selesai dan masih jauh….

p/s: dah lama xpost kat sini. Post ada byk dalam draft, tapi tergantung. Mode tak stabil bila kat rumah ni…. =(

p/s: Selamat berpuasa! 10 malam terakhir dah tiba… Moga kita terus kuat meraih pahalaNya di saat akhir ni.

0 comments:

Post a Comment