Friday, December 30, 2011

Pemuda

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

(post yg panjang)

DILEMA

Baru2 ini saya bergelut dengan diri sendiri dalam mencari erti beriman pada Allah. Semua bermula apabila saya mempersoalkan segala usaha mendekati Allah. Apa maksud ayat Allah ini? Apa yang Allah mahu sampaikan? sepertinya setiap kali baca alquran langsung tiada perasaan. Baca, faham itu kisah dulu, then dah! Kuanggap dah iman dah topup dengan baca n faham.

Lagi ku persoal, apa maksud bergetar kulit sang beriman mendengar nama Allah? Bagaimana boleh basah hati mereka dengan keimanan saat sujud memperhambakan diri? Bagaimana itu Ihsan?

Untuk saya ceritakan maksudnya, untuk memberitahu ini rule nya dan ini yang dimaksudkan…sangat senang!

Untuk saya datang bertandang ke majlis ilmu, usrah dan segala taman syurga pun senang! Tapi ternyata…. saya hanya sekadar tahu, dan sedikit faham tanpa amal.

Erti LAILAA HAILLALLAH, MUHAMMADUN RASULULLAH…

TIDAK saya IMANI seluruhnya.

"Wahai orang-orang yang beriman ! Mengapa kamu berkata barang yang kamu tidak buat. Besarlah kemurkaan di sisi Allah bahawa kamu berkata barang yang kamu tidak buat. ( Surah Al-Sof : 2-3 )

REVOLUSI

Revolusi di Tunisia telah berjaya menumbangkan pemerintah yang gelojoh dengan harta dunia. Revolusi yang tidak menumpahkan darah (Jasmine Revolution). Bukan itu sahaja, semua harta khazanah, emas dan duit rakyat diusung keluar bersama-sama…

Seterusnya, revolusi yang telah berlaku di Mesir, berjaya menumbangkan regim Hosni Mubarak dalam masa 18 hari dan beliau akhirnya terpaksa akur dengan kehendak rakyatnya sendiri supaya beliau turun dari takhtanya dengan laungan 'Down!', 'Down!', 'Down!' Mubarak!... walaupun beliau sendiri dengan sedaya upaya untuk mencari helah dan men'gula-gula'kan rakyat dengan berbagai-bagai tawaran dan sebagainya.

Di Libya pula, Kol. Gadaffi dan kuncu-kuncunya terpaksa mempertahankan kekuasaannya dari dirampas oleh rakyat sendiri yang inginkan demokrasi kerana selama ini mereka telah tertindas dan ditekan hidup dibawah kerajaan yang kejam, zalim(tyrant). Mereka terpaksa bertembung sesama sendiri diantara dua puak yang pro dan anti Gadaffi. Ditambah pula yang terkini, tentera-tentera bersekutu pula mengambil peluang ini masuk dan menyerang negara Libya yang sedang hancur dibedil dan lunyai dihentam kerajaan sendiri. Apakah ini dinamakan mengambil kesempatan?..

Saya menjenguk pula ke negara sendiri dan merasa agak memualkan terhadap apa yang berlaku kepada politik negara. Tidak cukup hentam-menghentam sesama sendirii, fitnah-menfitnah sana-sini dan terkini, isu video lucah dikalangan ahli politik seolah-olah dianggapnya seperti menjual kacang putih di jalanan. Ekonomi negara tidaklah juga sehebat mana, seperti di negara Islam lain yang sedang berusaha untuk pulih dari krisis ekonomi yang melanda. Rasuah di dalam sektor awam mahupun swasta mudah sahaja diamalkan di sana-sini seolah-olah menjadi'cebisan tahi gigi yang masih melekat dicelahan gigi reput'.

Barangsiapa yang selalu menghendaki kehidupan duniawi sekarang ini, maka Kami segerakan baginya di dunia ini, apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami tentukan, dan Kami tetapkan baginya neraka Jahannam, ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir dari rahmat Allah. Dan barangsiapa yang selalu menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh, dan dia beriman, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya akan dibalas dengan baik.” (Surah Al-Isra’: ayat 18-19)

Pemuda dan pemudi

Pemuda dan pemudi sering dikatakan sebagai golongan yang aktif dan kuat semangatnya. Mereka adalah aset negara yang cukup hebat dan tidak terkira nilainya dan mereka perlu diberikan perhatian serius oleh negara.

Untuk muda-mudi ingin saya katakan kepada mereka: “Pulanglah kepada panduan asal kamu…kembalilah semula kepada keizzahan dan kemuliaan kamu…kembalilah kepada Islam, berpegang teguhlah dengan kitab Allah dan jadikanlah ia sebagai perlembagaan hidup. (Puan Rasa (Ummu Muhammad) isteri as-Syahid Dr. Abdul Aziz ar-Rantisi)

Untuk mendapat generasi muda yang hebat ini, mereka mestilah disusun dan dididik dengan didikan yang sejajar dengan dengan Syariat Islam.
Islam menekan supaya mereka ini memiliki kekuatan:-

  • Iman yang mantap
  • Ibadah yang sahih
  • Akhlak yang sejahtera

Nasihat Abul Ala Al Maududi

1. Hakikat Islam dengan secara terperinci,

  • benar-benar menjadi muslim, baik dari segi ilmu pengetahuan mahupun dari segi fikiran.

  • benar-benar menjadi muslim dari segi hati dan perasaan, supaya anda mendapat sebesar-besar habuan daripada kemampuan yang cukup lengkap dan berada di dalam kelengkapan yang pasti untuk melaksanakan kerja kemasyarakatan di zaman sekarang yang sesuai dengan perundangan dan ajaran Islam..

2. Anda semua mesti segera memperbetulkan:

  • budipekerti yang telah menyeleweng,

  • memperbaiki adat yang telah rosak sehingga anda dapat memperlihatkan perkara secara praktikal bagi Islam seperti mana datuk nenek kita telah memperlihatkannya pada masa lampau.

  • Hendaklah anda semua mengetahui bahawa percanggahan antara perkataan dengan amalan itu akan menumbuhkan bibit-bibit nifaq dalam jiwa. Ia akan menghilangkan kepercayaan.

  • Sesungguhnya kejayaan akan bergantung kepada kejujuran dan niat anda, benar di dalam keazaman dan keselarasan di antara amalan anda dengan perkataan anda.

  • Sesungguhnya seseorang yang berkata apa yang ia tidak lakukan akan mendatangkan kemudaratan besar terhadap kepimpinannya. "Wahai orang-orang yang beriman ! Mengapa kamu berkata barang yang kamu tidak buat. Besarlah kemurkaan di sisi Allah bahawa kamu berkata barang yang kamu tidak buat. ( Surah Al-Sof : 2-3 )

3. Janganlah anda merasa sayang untuk mencurahkan segala apa yang anda mampu

  • melalui fikiran dan tenaga bekerja yang Allah kurniakan kepada anda untuk memimpin. Samada dengan tulisan atau dengan ucapan.

  • Hendaklah anda mengkaji asas-asas tamaddun barat dan mengkritik serta membezakan di antara asas yang silap dengan yang betul.

  • Anda perlu dapat membebaskan fikiran dan jiwa orang Islam dari meniru orang-orang barat.

  • Anda hendaklah mampu menghancurkan berhala-berhala dan teori-teori barat kerana teori ini telah banyak menipu segolongan orang-orang Islam sejak zaman berzaman. Ini hanyalah satu sudut, manakala sudut yang lain pula hendaklah anda bertugas menyusun dan membentangkan undang-undang Islam yang bersangkutan dengan kehidupan manusia dengan cara-cara yang paling munasabah dan mudah dalam mempraktikan supaya dapat menarik dan meyakinkan generasi baru bahawa undang-undang Islam itu adalah betul dan baik.

  • Anda hendaklah mampu meyakinkan mereka bahawa jika mereka mengamalkan sistem Islam mereka bukan sahaja akan maju ke depan, malah mereka akan mendahului bangsa lain dalam semua cabang kehidupan.

  • Sesungguhnya makin luas daerah kegiatan kerja anda dan makin betul dengan manhaj Islam maka makin bertambah banyaklah bilangan pemimpin, bilangan pendokongnya dan bilangan orang yang berpengaruh dengannya di dalam tiap perjuangan hidup.

  • Dan tugas anda ini hendaklah diteruskan untuk jangka masa yang panjang hingga tiba suatu hari, di mana akan lahir kumpulan manusia yang ramai, yang beriman dengan tugas dakwah dan bergabung di bawah panji dakwah Islamiyyah. Kumpulan ini sangat kita perlukan untuk mengikat bangunan negara di atas tiang-tiang seri yang berlandaskan Islam.

  • Termasuk di dalam perkara sia-sia sekiranya kita mengira bahawa perubahan Islam secara lengkap dan sempurna boleh wujud dengan tidak didahuluinya oleh persiapan yang cukup. Jika di takdirkan perkara itu berhasil juga dengan tiada persiapan yang cukup lengkap maka perkara itu tidak akan tahan lama dan terasnya tidak akan bertapak kukuh di bumi.

4. Hendaklah anda gabungkan tiap-tiap orang yang berminat dengan dakwah Islamiyah kepada usrah dan kumpulan anda. Hendaklah anda menyusun orang-orang yang ada di kalangan mereka dalam satu jemaah yang kuat, yang mempunyai disiplin yang kukuh dan mempunyai perlembagaan yang utuh hingga kelemahan dan kelonglaian tidak boleh menyelit dicelah-celah barisan anda. Sesungguhnya semata-mata membentuk jemaah di kalangan manusia yang telah bersetuju dengan dasar tertentu tanpa ada penyusunan yang licin, kukuh dan segala gerak kerjanya di tolak oleh perasaan taat dan patuh, maka itu adalah pekerjaan yang cacat tidak akan membuahkan natijah. Ini telah dibuktikan oleh pengalaman dan pengajaran yang telah lepas. Orang yang berpengalaman sahaja dapat menjelaskan kepada anda.

Ini adalah penting kerana :

  • Bumi yang rakyatnya telah mempertuhankan syahwat dan kelazatan hidup tidak boleh menjadi bumi yang baik untuk dibangunkan negara Islam,

  • Bila lahirnya sikap pura-pura dan merebaknya kejahatan yang menyeluruh di kalangan umum manusia, mustahillah untuk dibangunkan dasar dan undang-undang Islam di kalangan para pendusta, pengkhianat dan orangorang fasik. Sejauh mana mereka boleh hidup dengan dasar dan sistem kafir maka sejauh itulah mereka tidak boleh hidup dengan dasar dan sistem Islam.

  • 6. Jangan anda cuba membangun

    • dasar-dasar Islam di atas asas yang tidak sihat, di atas tiang seri yang lemah dan di atas tunjang yang bergoyang.

    • Anda mesti bersabar dahulu di dalam masalah ini, kerana matlamat yang mahu kita capai itu ialah matlamat yang besar, yang bertujuan membaiki nilai-nilai kemanusiaan, memberikan fahaman kepada manusia dan mengembalikan mereka ke kandang Islam sesudah mereka berada di dalam kemurtadan sejak beberapa lama.

    • Kerja-kerja yang baik seperti ini memerlukan keteguhan dan kesabaran dan pemikiran yang matang. Anda pasti menghayun langkah kedepan dan tiap langkah mesti berwaspada, bijaksana dan berhati-hati.

    • Penyertaan kita bersama mereka dengan membawa tujuan yang baik, bersih dan mulia terpaksa berganding bahu dengan mereka dan terpaksa menyesuaikan dengan perjalanan mereka.

    • Ini memberi erti bahawa pada akhirnya kita akan jadi trompet dan alat mainan di tangan mereka, yang boleh mereka lakukan terhadap kita mengikut sesuka hati mereka.

      • Penyertaan kita bersama mereka dengan membawa tujuan yang baik, bersih dan mulia terpaksa berganding bahu dengan mereka dan terpaksa menyesuaikan dengan perjalanan mereka. Ini memberi erti bahawa pada akhirnya kita akan jadi trompet dan alat mainan di tangan mereka, yang boleh mereka lakukan terhadap kita mengikut sesuka hati mereka.

Realiti kita
Setelah sekian apa yang berlaku, sepatutnya ia menjadi i'tibar dan pengajaran yang paling bernilai untuk kembalikan diri kita ke pangkal jalan. Berusaha untuk mendapatkan kembali ketaatan dan ketaqwaan sepenuhnya kepada Allah Taala. Kerana diri kita sendiri terdedah dengan pelbagai ujian sama ada ujian kesenangan atau kesulitan. Sama ada Allah suka atau melaknat, semuanya telah ada tanda-tanda dan terjadi dengan jelas di depan mata. Jernihkan mata hati kita dengan iman supaya kita dapat melihat setiap apa yang terjadi untuk dijadikan muhasabah diri.
Semua kita akan diuji dari pelbagai sudut. Hanya diri yang taat dan bertaqwa kepada Allah sahaja yang nampak jalan untuk kembali kepadanya.

(copied by abuzorief)

DSC_4077

Iman dan tanggungjawab seorang pemuda:

Saya tak faham apa tujuan sebenar kita at the end of the day?!

Saya hanya faham buat usrah, untuk menyampaikan syariat islam saja!

Saya tak tahu apa saya boleh buat untuk kemenangan islam?

Saya tak faham apa Allah mahu dalam surat cintaNya!

Saya tak pernah nak kaji sejarah nabi dan cuba tadabburnya!

Allah kata gunalah hati, pendengaran dan penglihatan. Tapi saya tak benar2 faham.

Saya tak tahu kita dimana sekarang? Islam bagaimana sekarang? dan apa bicara dunia?

I have the right to keep questioning!

Pertama kali, terasa takut untuk mempersoalkan. Namun jika ini agama yang hak, kenapa tidak?! So, I’ll keep questioning, keep searching, and at the same time I’ll keep stand with my standing.

"Humility is my table, respect is my garment, empathy is my food and curiosity is my drink. As for love, it has a thousand names and is by my side at every window” tariq ramadhan.

Wallahua’lam

1 comments:

Post a Comment