Wednesday, November 7, 2012

Sukawening, Bandung, Indonesia.


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Ku hanya mahu abadikan pengalaman, pengajaran Tanah Sukawening, tempat tinggalku,
di bumi Bandung Indonesia ini. =)

Membaca balik post sebelum ni, sepertinya mampu jadi super saiyya dah.
Lagi banyak menulis, lagi banyak yang belum dilakukan rupanya. =_='
Sepatutnya tiada kata tertidur sampai subuh even esok exam! =S



Pemandangan biasa di Bandung, penyanyi jalanan. 

Selepas menonton Alangkah Lucunya Negeri Ini , serba sedikt persepsi kepada mereka (kes ni tentang pengasong) berubah. Jadi menghargai usaha mereka demi mencari sesuap nasi.

Di sini, mengajar erti kata 'luas'. Menghargai ruang.

Ibu Erha. Dia tinggal sendirian.

Sampai kerumahnya pun sebab agih-agihkan daging korban yang peserta igive tak jadi ambil.

Rumah Ibu Erni. Ya, sebesar itu rumahnya. Teh Rahma nemanin.

Langit cantik.

Mereka akan hafal namu kamu saat pertama kali kamu bersalam dengan mereka. Adik Linda dan Sonia.

Rehat.



Rumah ini paling panjang kisahnya. Jangan lihat kemiskinan. Jangan lihat dengan kasihan! Tapi bangga mereka kuat demi rezeki halal. Tak pernah meminta. 

Cuba saja keluar jam 5.30 pagi di Kampus Jatinangor, kamu akan lihat salah seorang dari keluarga ini sudah turun mencari rezki!  Malah, sampai lepas asar. Petang, mereka berpakaian kemas, tersenyum ke tetangga. Mungkin mereka yang lebih faham erti nikmat!




 Depan bilik. Ibu susukan baby kucing. =)

 Gemok tido!
Cimi nama sebenar.


Terus, nikmat mana yang kau harus dustakan?
Ketika dalam kapal, dilanda ombak besar, aku menangis bermunajat berharap bantuanNya.
Di saat sudah lepas, aku ketawa..melupakanNya.

Abah berpesan, 'Habiskan makanan!"
Malah, abah pernah memakan sisa makananku.
Salim A Fillah menulis "aku memberi apa yang aku ada, bukan apa yang aku mampu"
Ustaz Hasrizal, moto hidupnya "Erti Hidup Pada Memberi"


Gambar lama.
 

"dan mereka berkata "kami tidak akan percaya kepadamu (Muhammad) sebelum engkau memancarkan mata air dari bumi untuk kami,

atau engkau mempunyai sebuah kebun kurma dan anggur, lalu engkau alirkan celah-celahnya sungai yang deras alirannya,

atau engkau jatuhkan langit berkeping-keping ke atas kami, sebagaimana engkau katakan, atau (sebelum) engkau datangkan Allah dan para malaikat berhadapan muka dengan kami,.."
 (al-Isra': 90-92)

".... katakanlah (Muhammad), Maha suci tuhanku, bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul?" (al-Isra: 93)



Bukan kemiskinan yang saya mahu tonjolkan dari negeri ini.
Malah bumi ini kaya dengan hasil bumi.
Lebih santun dengan budaya Sundanya berbanding di Malaysia. Tanya saja pelajar UNPAD kalau tak percaya!

Tapi mereka punya sisi tersendiri untuk kita tadbaburi..
Maya Kaya Allah.





Manusia yang mudah tergesa-gesa, manusia yang terlalu takut.

Seperti filem 3 idiots, Katanya "All izz well"
"adakah dapat menyelesaikan masalah itu?"
"Tidak, tapi kamu memperoleh kekuatan untuk menghadapinya"

Penulisan ini langsung tak mampu mengubah hidup mereka.
Tapi mungkin peringatan keras buat diri ini,
dan moga saja kita sedar, kita bukan hidup sendiri.



Rasulullah pasti tak akan pernah mengeluh atau mengadu kesusahannya pada sahabat kan?
Rasulullah pun pasti tak akan ketawa berlebih kan?

Rasulullah punya hidup sederhana,
tapi barang untuk dakwah,
pedang baginda yang ditempa besi padat,
unta baginda kenderaan yang kuat...
Maka, gunakan nikmat yang ada sebaiknya.

wallahua'lam.
kita cuma manusia, hamba yang berhak diuji dan terus diuji.

2 comments:

NA said...

gambar2 cantik ^^,

sayang kan kalau pengalaman di negara asing x dipotretkan, dan diambil titipan pengalaman buat hidup :):):)

FarhainAmir said...

Baru perasan ada komen. hehe
Ibrah Nya ada di sekeliling kita. Cuma kekadang hati ini buta... =( ~sedih jap.

Post a Comment